BAB 25 - Becoming One

1.3K 109 1
                                    

HARI berlalu dalam sekelip mata. Hari yang dinanti oleh Hayes. Mungkin juga Angel. Ramai tetamu dah mula memenuhi tempat duduk di Christ Cathedral ( GAMBAR DI ATAS )

Angel berjalan ke hulur ke hilir di dalam bilik hotelnya. Beberapa minit lagi sebelum perkahwinan berlangsung. Ryan dan Vincent turut berada di dalam bilik melihat Angel macam tak senang duduk.

" Angel. Duduk. Tenang. " kata Vincent sepatah-sepatah.

" Duduk. Nanti rosak dress tu nanti. "

Angel duduk di birai katil. Namun sekejap sahaja sebelum dia kembali berdiri dan mundar-mandir di dalam bilik.

" Chill sis. Perkara biasa je tu. Nak kahwin kan. "

Angel menarik nafas perlahan-lahan sambil mengurut dadanya. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu. Wajah Brodie muncul dari luar.

" It's time. " katanya.

Angel panik semula namun sempat Ryan menarik tangan Angel ke dalam pelukannya.

" Well, I guess after this I can't tease you anymore. "

Angel terus mencubit lengan Ryan dengan kuat.

" Aku kahwin bukan mati. "

Ryan hanya tersengih. Vincent melangkah ke depan Angel selepas Ryan mengundur ke belakang.

" Ingat ni. Kalau dia cederakan kau, biar aku settle. Kau cakap je, aku akan buat. Ok? " Vincent memeluk Angel seketika.

" Ok. "

Mereka melangkah keluar dari bilik dan menuju ke cathedral.

ㅇㅇㅇㅇ

HAYES sudah berdiri di atas altar bersama dengan paderi menanti kedatangan Angel. Dia menarik nafas dalam apabila terdengar musik mula dimainkan menandakan yang pengantin perempuan sudah mula masuk ke dalam. Dia memejamkan matanya sebelum perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.

Dia terpana melihat wajah Angel yang cantik dan mempersona sedang menuju ke arahnya ditemani oleh Brodie di sebelahnya. Di belakang Angel ialah Helya dan Candace yang menjadi bridesmaids. Angel tak mampu mendongakkan kepalanya memandang Hayes tetapi dia dapat rasakan mata Hayes melekat ke arahnya.

Angel berjalan di sambil meliarkan matanya melihat suasana di dalam gereja. Ramai tetamu memandang ke arahnya. Dia tak kenal semuanya namun dapat mengecam beberapa wajah. Seperti ibu bapa Argon yang sangat jarang dilihat memandangkan mereka tidak tinggal dengan Argon. Itu saja. Sebahagian daripada mereka ialah tetamu Hayes yang kebanyakkannya ialah businessmen yang berurusan dengannya. Beberapa kawan yang Helya jemput.

Sedar tak sedar, Angel sudah sampai di altar sedang dia memerhati para tetamu yang hadir.

Brodie menggenggam tangan Angel lembut sebelum melepaskan tangan Angel. Hayes menyambut tangan Angel apabila sampai di atas altar dan berdiri di sebelah Hayes. Sekarang mereka berdua menghadap paderi di depan.

Paderi itu mula membuka bicara dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu.

" We are gathered here today to join Hayes and Angel in the holy matrimony.... "

Angel dah tak fokus dengan apa yang disebut sebab dia mula panik. Lebih kepada nervous. Dia menunduk ke bawah memandang lantai sambil memejamkan matanya sambil menenangkan diri di dalam hatinya. Dia mengeluh nafas perlahan yang hanya dia saja boleh dengar.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now