BAB 8 - A Heartwarming Wish

1.6K 147 3
                                    

PUKUL 6.50, Angel dan Vincent dah berdiri tercegat di belakang pagar utama. Supaya sampai je Hayes nanti, Angel akan cepat masuk kereta untuk elak kantoi dengan Brodie.

Sekarang ni Ryan sedang alihkan perhatian Brodie di dalam rumah supaya dia tak sedar ada kereta di luar rumah nanti. Mereka sudah pun beritahu Ryan tentang hal itu. Dari mula hingga habis. Memang tiada rahsia di antara mereka bertiga. Reaksi dia? Tak ada reaksi. Dia masih keliru dengan motif Hayes.

Angel dan Vincent memandang satu sama lain serentak apabila mendengar ada bunyi kereta sedang datang. Sebuah kereta Lamborghini mula kelihatan.

“ Tu, bakal laki kau. Aku masuk dulu. Good luck. ” ucapnya sambil menepuk bahu gadis itu.

Kereta itu akhirnya berhenti di hadapan pagar. Dengan segera Angel melangkah ke depan pagar. Begitu juga dengan Hayes yang melangkah keluar dari kereta. Dengan cepat dia membuka pintu bahagian duduk penumpang untuk Angel.

Angel memandang ke arah Hayes yang menghadiahkan senyuman kepadanya sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta itu terus memecut laju.

Keadaan di dalam kereta senyap seketika. Masing-masing tak bersuara. Radio pun tak dipasang. Angel mencuri pandangan ke arah Hayes yang memandu di sebelah kirinya. Lelaki itu nampak fokus memandu. Wajah lelaki itu diperhatinya. Wajah itu dicukur bersih dan jelas menampakkan jawline miliknya. Hidungnya mancung dan rambut hitamnya disempurnakan lagi dengan mata hazelnya.

Angel cepat melarikan pandangan apabila sedar akan apa yang dibuatnya. Mereka sampai di sebuah roundabout. Semasa Hayes ingin memusingkan stereng kereta, terus mata Angel tertumpu pada Hayes yang memusingkan stereng kereta dengan sebelah tangan. Ditambahkan lagi dengan Hayes yang memakai blazer hitam dan lengannya disisih ke siku menampakkan jam tangan di tangan kanannya yang memegang gear.

Mata Angel masih lekat memerhati lengan Hayes yang memang nampak mempersona. Tu nampak tangan je tau. Belun tengok orang lagi.

Aduhhh lemah pula aku. Asal ni?

Tanpa dia sedar, dia menghembuskan nafasnya perlahan. Menarik perhatian Hans di sebelahnya.

“ Kenapa? ” Hayes akhirnya bersuara.

“ Hah? Tak ada apa. ” Jawabnya tanpa memandang ke arah Hayes.

Hayes memandang Angel sekilas sebelum memandang ke hadapan semula lalu senyuman nipis terukir di bibir.

“ Kita nak pergi mana? ”

“ Hotel. ”

Angel tak menjawab namun matanya dah terbeliak sambil memandang Hayes. Jelas dia terkejut.

“ Apa- ”

Angel tidak menghabiskan soalanya. Dia memilih untuk duduk diam sahaja. Mungkin lelaki itu bergurau.

Keadaan menjadi sunyi semula sehingga mereka sampai di hadapan sebuah hotel yang dari luar je dah nampak mewah. Angel dah tak senang duduk. Rupanya betul dia dibawa ke hotel. Hayes masih tenang memandu dan memberhentikan kereta di hadapan hotel.

Dia keluar dari kereta sebelum membuka pintu kereta untuk Angel. Angel melangkah keluar sambil memerhati keadaan sekeliling. Seakan kenal dengan tempat itu. Faham akan keadaan Angel, Hayes memegang lembut dagu Angel lalu didongakkan kepala Angel dengan lembut supaya dia nampak perkataan yang tertera di pintu masuk utama. Luxy's Hotel.

Hayes melarikan tangannya lalu memberi kunci kereta kepada salah seorang valet di situ untuk memakirkan keretanya.

Shall we? ”

Kill Me, Love Me [OG]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن