BAB 29 - Ryan, The Freshman

1.1K 92 3
                                    

ANGEL membuka kapas yang ditampal pada dahinya yang terluka perlahan-lahan. Dia membelek dahinya yang hampir sembuh di cermin. Dua hari dia dah tinggal di situ dan tak dibenarkan keluar daripada rumah. Which is stressful. Terperap dalam rumah tak buat apa-apa. Memang sekarang dia rasa sangat stress dan menjengkelkan. Adik-beradiknya masih mencari siapa dalang disebalik semua ni. Hayes Kadang-kadang balik ke rumahnya memandangkan dia tak boleh tinggalkan Helya sendiri.

Ryan mula hadir semula ke kelas selepas lama dia dah ponteng. Arahan Brodie. Seminggu dia tak pergi kelas sebab pergi California. Seminggu lagi sebab dia tak ada masa nak pergi. Bila waktu balik, Vincent atau Hayes akan menunggunya di luar.

ㅇㅇㅇㅇ

RYAN melangkah ke arah lokernya. Beg disandang hanya sebelah bahu, berbaju hoodie merah dan seluar jeans. Loker dibuka dan mengambil buku dan bahan yang diperlukan untuk kelas.

Tiba-tiba dia merasakan ada tangan yang singgah di bahunya. Dia tak payah toleh sebab dia tahu siapa tu. Satu-satunya kawan baiknya di kolej itu.

" Yo, Ryder. " lelaki itu bersandar di loker sebelah Ryan dengan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket.

Ryan menoleh sekilas sebelum mencari buku di lokernya semula.

" Lama tak jumpa kau. Kau pergi mana? "

" Tak pergi mana-mana. "

" Jangan nak tipu. Dengan orang lain kau boleh. Dengan aku, tak. "

" Diamlah, Luke.

Ryan memandang kawannya, Luke. Hanya Luke sahaja yang tahu kerjanya. Luke, adik kepada Eddy, orang kanan Brodie. Tapi Luka tak dibenarkan untuk dekat dengan kerja Eddy. Keluarga mereka tak tahu apa-apa tentang kerja Eddy selain daripada Eddy bekerja sebagai pembantu syarikat. Hanya Luke saja yang tahu abangnya bekerja dengan keluarga Ryan dan sebab itulah Ryan hanya menerima Luke sebagai kawannya.

Dan hanya Luke sahaja yang tahu tentang kerja Ryan. Lagi pun memandangkan ini tahun pertama Luke dan Ryan di kolej itu atau orang panggil sebagai ' freshman '. Jadi, pelajar di situ tak ambil peduli tentang pelajar freshman. Tapi Luke dan Ryan cukup populer di situ. Ramai orang yang ingin menjadi kawan mereka tapi semuanya ditolak. Apatah lagi perempuan.

" Bro, kau nak dengar tak? "

" Tak. "

" Dengar je. Semalam, aku dengan Vannesa- "

Ryan mengangkat tangannya tanda diam. Dia memandang Luke atas bawah.

" Aku tak nak dengar hook-up, one night stand yang kau dah buat. Aku tak ada masa nak dengar. "

Luke memang jenis one night stand tapi sekurang-kurangnya perangai dia tak sial.

" Alah kau. " Luke menarik muncung.

" Jom. Aku lapar. "

Mereka berdua mula berjalan di koridor yang penuh dengan pelajar di situ. Mereka menuju ke cafeteria dan mengambil tempat biasa mereka selepas mengambil makanan.

" Seriuslah? Kakak kau dah kahwin? Kau tak jemput aku pun. "

" Lupa. "

Kill Me, Love Me [OG]Kde žijí příběhy. Začni objevovat