BAB 69 - Near The End

989 72 15
                                    

...4 BULAN KEMUDIAN...

ANGEL melangkah ke arah meja soleknya untuk mengambil kunci keretanya lalu matanya terarah kepada bingkai gambar yang didirikan di situ. Gambar perkahwinan mereka berdua di Itali beberapa bulan yang lalu. Dia tersenyum manis mengenangkan hari perkahwinannya. Matanya lekat memerhati gambar itu untuk seketika sebelum keluar dari biliknya dan terus menuju ke pintu utama.

Dia tidak tinggal dengan adik-beradiknya yang lain sejak dua bulan yang lalu dan memutuskan untuk tinggal di rumah Hayes. Dia tidak menafikan betapa sunyinya rumahnya tanpa suara dan gelak-ketawa si malaun-malaun tu.

Dia masuk ke dalam keretanya sebelum mendapat panggilan daripada Caster.

" Hmm. " jawabnya.

Angel mula memandu kereta keluar dari perkarangan rumah sambil mendengar Caster.

" Haah, aku nak gerak ni. Okay. " jawab Angel sebelum menamatkan panggilan.

Angel meneruskan perjalanannya ke tempat yang ingin ditujunya.

ㅇㅇㅇㅇㅇ

PADA malam nanti, mereka semua akan berkumpul di rumah Brodie untuk makan malam bersama. Vincent menuju ke dapur di mana Helya sedang memasak bersama dengan orang-orang gaji di dalam rumah itu. Brodie telah pun menggantikan orang-orang gaji yang lama kepada yang baru untuk melakukan tugas sebenar orang gaji.

Vincent menghampiri Helya yang sedang menghiris beberapa bahan masakan. Dia bersandar di kaunter dapur sebelah Helya sambil menyilangkan tangan di dadanya. Helya memandang Vincent sekilas sebelum melarikan pandangannya kerana tidak kuat untuk menatap mata lelaki itu.

" Nak apa? " soal Helya.

" Takde apa. " jawab Vincent ringkas.

Helya menghadiahkan jelingan kepada Vincent.

" Ryan belum balik ke? Dah nak petang ni. " soal Helya.

" Belum. Kejap lagi baliklah tu. Sibuk belajarlah katakan. " terang Vincent.

Ryan sibuk belajar kerana dia banyak ketinggalan silibus pelajaran mereka dan terpaksa mengejar mereka yang lain. Selepas tamat kelas, dia akan singgah di After Class Cafe untuk belajar bersama Breana dan Luke.

Helya melihat Vincent hanya berdiri di sebelahnya sambil ralit memerhatikannya.

" Tengok je ke? Tolonglah. Nanti tak masak lauk ni. "

" Tiga orang gaji. Tak masak apanya? " jawab Vincent.

Vincent ketawa apabila mendengar Helya mula merungut. Dari sudut mata Helya, dia dapat melihat Vincent perlahan-lahan mendekatinya lalu terus dia mengacukan pisau yang dipegangnya ke arah Vincent.

" No. " larang Helya.

Vincent ketawa mengekek dan mengundur ke belakang sambil mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah.

" Alah, orang nak bersayang-sayang pun tak boleh. " Vincent menbuat muka merajuk.

" Nak bersayang-sayang kat bilik. "

Satu suara garau menerjah mereka dari belakang. Mereka menoleh ke belakang melihat Brodie sedang berdiri di pintu dapur dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Helya cepat-cepat menyambung semula kerjanya, malu ditegur bakal abang ipar tak rasminya. Vincent ketawa melihat muka Helya yang sudah bertukar merah.

" Baru balik? " soal Vincent apabila melihat Brodie masih memakai pakaian pejabat.

" Hmm. " Jawab Brodie sambil melangkah ke arah meja sebelum dia melabuhkan punggungnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now