BAB 21 - Begin

1.2K 112 2
                                    

HAYES membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang siling yang nampak asing baginya. Dan sekarang baru dia faham macam mana perasaan Angel bila bangun kat tempat yang asing.

Hayes cuba untuk bangun namun dihalang oleh Ryan yang duduk di sofa di dalam bilik itu.

" Woahhh woahhh woahhh easy bro. Easy. " kata Ryan sambil menolak bahu Hayes supaya dia baring semula.

Namun Hayes berdegil. Dia tetap nak duduk juga. Akhirnya Ryan mengalah dan membantunya duduk dan badannya disandar pada kepala katil.

" Jangan banyak bergerak. "

" Berapa lama aku pengsan? "

" Pengsan? Lebih kepada tidur. 10 minit. " jawab Ryan.

Hayes menyelak bajunya sedikit dan melihat lukanya yang dah dibalut. Dia melepaskan keluhan lalu menyandarkan kepalanya pada kepala katil.

" Jangan risau. Dr. Bills yang rawat kau. Dia doktor peribadi kami. "

Hayes hanya mendengar. Dia memandang meja kopi di mana terdapat laptop dan kertas berselerak di atas meja. Tengok je dah tahu tu ialah assignment Ryan.

" Kau buat apa kat sini? "

" Jaga kau. "

Hayes melepaskan ketawa. Kelakar baginya.

" Jaga kau supaya malaikat maut tu tak ragut nyawa kau. " jelasnya.

" Oh. "

Ryan kembali ke arah sofa sambil menaip sesuatu di telefonnya.

" Aku nak balik. "

" Tak boleh. "

" Kenapa? "

" Arahan daripada Tuan Brodie. " satu suara mencelah.

Ryan dan Hayes serentak memandang ke arah pintu. Vincent masuk ke dalam bilik dan berdiri di hujung katil Hayes. Hayes sudah mula rimas. Rimas kalau ada orang risau lebih-lebih sedangkan hal itu perkara kecik je.

" Keluar. "

" Tak boleh. Brodie arahkan aku untuk tengokkan kau supaya tak keluar. "

Hayes tak peduli. Dia mengalihkan selimut daripada tubuhnya untuk keluar daripada katil namun Ryan sekali lagi menahannya. Hayes betul-betul rimas sekarang.

" Kalau aku jadi kau, aku akan duduk diam supaya cepat sembuh, lagi cepat boleh keluar." Kata Vincent mendatar.

" Angel mana? "

" Bilik. "

" Baring. "

Hayes nak tak nak terpaksa baring semula di atas katil. Ryan kembali semula kepada kerjanya. Vincent meletakkan pistol Hawk-50 milik Hayes di atas meja katil.

" Pistol kau. Lawa eh. " katanya sambil menilik badan pistol yang berwarna maroon.

" Keluar. "

Vincent hanya menurut. Selepas Vincent keluar, Hayes duduk dan bersandar pada kepala katil.

" Kau pun. "

Ryan yang sibuk membuat tugasannya menoleh ke arah Hayes.

" Um... Jap. " Ryan mengutip kertas yang berselerak di atas meja.

" Kau major apa? "

" Math. "

Hayes hanya mengangguk. Ryan pula cepat mengutip kertas dan laptopnya lalu berdiri untuk keluar. Namun langkahnya terhenti. Dia berpaling sedikit ke arah Hayes.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now