BAB 5 - Not So Wise Decision

2K 167 3
                                    

TAK tahan, Hayes mengeluarkan pisau di belakangnya lalu menerpa ke arah Angel. Jarak antara mereka didekatkan lalu hujung pisau itu diletakkan di bawah dagu Angel.

“ Kau memang nak kena dengan aku. Eh perempuan dengar sini. Masa ni mungkin kau boleh main-main tapi jangan ingat aku nak berlembut dengan kau. ” Ugutnya sambil pisau diacu-acukan ke dagu Angel.

“ Kau ingat aku takut ke sial? ” Tanpa gentar, Angel membalas pandangan Hayes dengan tajam.

“ Kau tahu tak apa silap kau? ” Tanya Angel sambil menyengetkan sedikit kepalanya.

“ Apa? ”

“ Kau tak ikat kaki aku. ” Terus dia menendang Hayes sehingga jatuh ke belakang.

Angel membuka ikatan rantai di badannya dengan segera selepas dia berjaya memotong kunci mangga rantai itu. Dengar macam mustahil tapi cincin yang dipakainya dapat memancarkan laser yang dapat memotong kunci mangga. (Dengar boleh, percaya jangan) Memang sentiasa dipakai manalah tahu kena culik suatu hari nanti.

Melihat Angel yang sudah melepaskan diri, Hayes dengan cepat mengeluarkan pistolnya lalu dihalakan kepada Angel. Namun Angel lebih pantas menyepak pistol itu jauh.

Terbeliak mata Hayes.

“ Kau sedar tak kaki kau cedera? ”

“ Lain kali tembak kat kepala. ” 

Mereka berdua berlumba untuk mendapatkan pistol tu. Melihat Hayes sudah di depan, Angel menyadung kaki Hayes dengan kuat hingga lelaki itu jatuh. Angel terus lari ke hadapan namun dia turut jatuh apabila Hayes yang berada di lantai menarik kaki Angel pula. ( Susah nya nak describe 😭 )

Namun sebenarnya pistol dapat dicapai oleh Angel. Mereka dengan cepat berdiri namun Hayes lebih cepat merentap lengan Angel dengan kuat sehingga dia terdorong ke hadapan lalu pistol dirampas.

Hayes terus menjarakkan dirinya dari Angel supaya Angel tak dapat merampas pistolnya lagi. Pistol diacukan. Angel hanya mampu berdiri sambil menahan sakit di kakinya. Disebabkan itu pergerakkannya sedikit terbatas.

BANG!!

Hayes tiba-tiba menarik picu pistol itu dan melepaskan tembakan. Namun diacukan ke sisi Angel.

Angel seakan terhenti nafasnya. Ingatkan kena.

“ Belakang. ” arahnya namun Angel tak bergerak.

Hayes melepaskan tembakan dihalakan ke lantai di hadapan kaki Angel. Nak tak nak dia terpaksa ke belakang sehingga dia sudah membelakangi dinding.

Hayes turut datang menghampirinya. Namun apabila Hayes dah hampir, Angel cuba untuk merampas pistol namun Hayes lebih pantas menepis tangan Angel lalu kakinya menyepak kaki Angel yang cedera. Tak kuat namun sakit baginya.

“ Arghh! ” Angel terduduk bersandar di lantai dan melihat kakinya mula berdarah semula.

Hayes turut mencangkung di hadapannya. Dia memegang kedua-dua pipi Angel dengan satu tangan agar memandang ke arahnya.

“ Dengar sini. ” Hayes memandang anak mata Angel macam nak masuk ke dalam.

Marry me. ” Ringkas tapi cukup membingungkan.

Keadaan menjadi senyap....

Angel speechless sekejap. Ayat yang langsung dia tak jangka akan dengar dari musuhnya. Dia memandang Hayes tak berkelip dengan mulut sedikit terngaga.

“ Kau hisap gam ke? ” Satu lagi soalan melalut dari Angel.

Hayes hanya memberi pandangan tajam.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now