BAB 39 - Love In Tuscany

990 84 4
                                    

MEREKA masing-masing sibuk mengemas barang sendiri pada pagi itu sebelum bertolak. Usai mengemas barang di bilik masing-masing, mereka semua pergi ke restoran hotel untuk mengambil sarapan.

" Banyak cakaplah kau ni. kata Ryan."

Ryan berjalan di sepanjang koridor hotel yang menuju ke restoran dengan airpods di telinganya.

" Kau diam. Kau tak ada hak nak marah aku." suara Luke kedengaran di hujung talian.

" Kalau ya pun, tak yah jerit."

" Kalau tiga empat hari kau tak hadir bolehlah aku cover. Tapi ni nak tambah lagi seminggu? Banyak buruk muka kau. Kau ingat kolej tu abang kau punya ke?" bebel Luke dengan suara yang tinggi tanpa hiraukan Ryan. 

Ryan mengeluh dengan kuat supaya Luke mendengar keluhannya. Dia menolak pintu restoran sebelum masuk ke dalam restoran yang memang nampak grand.

" Kau pergi berfoya-foya kat Itali sedangkan aku kat sini kena hadap prof, laptop, kerja kat depan. Duduk kat kelas, lepas tu lepak sorang-sorang kat After Class Cafe. Kena cover kau yang tak hadir pula. Eh kau ni memang- "

Ryan tidak endahkan sepatah pun kata-kata yang keluar dari mulut Luke. Dia sibuk memerhati hiasan di dalam restoran itu yang menyerlahkan cita-rasa Itali.

Pada masa yang sama, dia mencari kelibat mereka yang lain. Beberapa saat mencari, Ryan ternampak tangan Vincent yang melambainya di sebelah tingkap restoran.

" Luke, aku pergi dulu. "

" Jangan nak la-"

" Ciao. "

" Cau kepala ota- "

Panggilan sudah pun ditamatkan. Ryan menuju ke arah meja di mana Angel, Hayes, Helya dan Vincent sedang berada. Dia mengambil tempat di sebelah Vincent.

" Mi dispiace. Ada hal tadi. " kata Ryan .

" Kitorang pesan seafood untuk kau. Okay? " tanya Vincent.

Ryan hanya mengangguk. Dia tidak kesah pun tentang makanan. Asalkan perutnya bahagia. Ryan memandang Vincent di sebelahnya dan memerhati pakaian Vincent.

" Kau ada pergi mana-mana ke? "

Ryan memandang pakaian Vincent yang berkemeja putih dengan kot hitam.

" Salah ke apa yang aku pakai? " tanya Vincent balik.

Vincent memandang Angel sambil menunjukkan dirinya meminta pendapat Angel. Angel hanya menjongketkan bahu.

" Kenapa minta pendapat Angel? Dia dah kahwin. Tanya Helya yang single tu. " kata Ryan sambil menolak bahu Vincent.

Helya yang sibuk menatap telefonnya mendongakkan kepala memandang Ryan.

" Hmm? " gumamnya tanpa mengetahui apa-apa.

Ryan hanya menggelengkan kepala. Helya kembali focus kepada telefonnya semula. Kelihatan seperti sedang membaca dan membalas mesej sambil menahan senyumannya dari terus melebar. Dari sudut mata Ryan, dia dapat melihat Vincent lekat memandang Helya dengan satu pandangan yang dia dapat tafsirkan kerana begitulah cara dia memandang Arya dahulu. Ryan tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya.

Angel memandang ke kiri lalu ternampak sepasang suami isteri sedang menjamu selera tidak jauh dari meja mereka. Dia melihat si suami sedang memandang isterinya dengan pandangan yang penuh kasih. Kemudiannya dia ketawa mendengar sesuatu daripada isterinya. Tangan kiri si suami memegang erat tangan isterinya di atas meja.

Tiba-tiba dia merasakan satu tangan memegang lembut pahanya di bawah meja. Angel perlahan-lahan tunduk ke bawah melihat tangan Hayes rehat di situ. Angel merasakan mukanya tiba-tiba berbahang. Dia menghirup airnya dan cuba beriak selamba.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now