BAB 15 - ' Accepted '

1.6K 137 3
                                    

SELEPAS membaca mesej yang diterimanya, Angel terus tidur dengan lena semalam. Punyalah lena sampai dia bangun pukul 10 pagi. (Kira awal lagilah)

Dia duduk di meja makan sambil meneguk air sekali gus. Dia merenung mesej yang diterimanya semalam.

" Good night. " sebutnya.

" Good night apanya? Dah pagi ni. " jerkah Vincent dari belakang.

Angel terkejut dengan jerkahan Vincent lalu segera dia memadam skrin telefonnya. Dia memandang Vincent yang duduk bertentangan dengannya.

" Lambat kau bangun. "

Angel tak menjawab. Sebaliknya dia merenung wajah Vincent lama.
Vincent pula dah rasa tak selesa ditenung macam tu.

" Apahal kau? "

" Kau pergi tak ball tu? "

" Pergi. "

Angel hanya meng'o'kan saja. Dia berfikir sejenak.

" Aku nak keluar. "

" Mana? "

" Jumpa Hayes. "

Jawaban Angel membuatkan Vincent blank. Dia mengedipkan matanya berkali-kali.

" Maksud kau, kau nak keluar dari rumah ni? Tak boleh. " katanya sambil melambaikan tangan.

" Apasal tak boleh jumpa dia? "

" Bukan tak boleh jumpa. Tak boleh keluar. Kalau nak jumpa, kau suruh dia datang sini. "

" Hmmmm... " hanya itu saja yang keluar.

" Kenapa nak jumpa dia? "

" Aku nak ajak dia pergi ball Ahad ni."

Vincent terkaku di situ. Perlahan-lahan dia duduk tegak dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja dan dua tangannya disatupkan.

" Ada racun ke dalam pisau tu? "

" Hah? "

" Pisau yang guna untuk tikam kau tu. Manalah tahu ada racun yang buat kau jadi gila macam ni. "

" Gila apanya? "

" Kau sedar tak apa yang kau cakap? "

" Tak. "

" Kalau tak biar aku jelaskan. Kau nak ajak musuh kita untuk pergi majlis anniversary hari Ahad ni. Tak ada angin, tak ada gempa bumi, tetiba kau nak ajak dia. Kau paaaaaaa..hal? "

Angel memandang Vincent dengan reaksi 'seriously?' Vincent pula membalas dengan reaksi 'yes I'm serious."

" Tak adalah. Sebagai tanda terima kasih je. "

" Pfftt.... Terima keysehhh konon. Cakap jelah kau suka dia. " katanya sambil mengerling Angel.

" Kau marah ke? "

" Tak. Tapi aku risau kalau Brodie tu yang marah. "

" Kenapa? "

" Dia kan rancang nak bunuh Hayes sebab dah culik dan tembak kau hari tu. " jawab Vincent dengan nada perlahan.

Angel berdiam diri. Baru dia teringat yang Brodie merancang untuk membunuh Hayes selepas dia kena culik hari itu.

" Kalau kau bawa dia pergi majlis tu, mampus budak tu. "

" Tapi Brodie tak tahu macam mana rupa dia. "

Kali ni Vincent pula yang diam.

" Malaslah aku nak fikir. Kau tanyalah Brodie kalau dia izinkan kau bawa orang lain. "

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now