BAB 62 - Perfect Plan

634 68 7
                                    

" YANG pastinya kawalan sekuriti malam tu memang ketat. Semua tetamu akan diberikan satu kod yang menunjukkan mereka dijemput malam tu. Kod tu memang direka khas untuk setiap tetamu. Kod tu akan diakses oleh budak Camelia yang jaga pintu masuk. Dan tu ialah salah satu masalah kita. Basically masalah koranglah sebab aku dijemput. " terang Helya yang berdiri di tengah-tengah ruang tamu.

Brodie menoleh ke arah Theresa yang sedang membelek topeng di tangannya yang akan dipakai pada malam majlis itu. Brodie menjemput Theresa sekali supaya senang untuk Theresa faham akan rancangan mereka pada malam majlis itu nanti.

Dua minggu sudah berlalu sejak Helya memberitahu rancangan Hayes kepada mereka.

"Setiap tetamu akan diberikan kod untuk masuk. Jadi kau hanya perlu ciptakan kod untuk kitorang supaya kitorang boleh masuk. Apa masalahnya?" soal Vincent.

" Kod tu akan tertera muka, nama dan cap jari dan kata laluan orang yang dijemput. Setiap tetamu yang masuk akan scan cap jari diorang sebelum masuk. " kata Helya.

" Maksudnya kalau buat kod untuk kitorang, kitorang akan dedahkan identiti sendiri. " sambung Angel.

" Yep. " balas Helya.

Vincent mengangguk perlahan sebelum dia mengeluh berat dan menyandarkan badannya ke sofa.

" Dan kod tu akan ada satu kata laluan tersedia. Tetamu akan sebut kata laluan kepada orang yang jaga pintu masuk. Setiap orang ada kata laluan yang berbeza dan kata laluan tu dah ditetapkan dalam sistem. " jelas Helya lagi.

" Tak ada tempat untuk kita menyelinap masuk ke? Dari bumbung ke? Jalan bawah tanah ke? " soal Ryan.

" Majlis ni dibuat kat Anette's Palace. Salah satu tempat yang sewaannya jutaan ringgit. Sekuriti tempat tu sememangnya ketat ditambah lagi dengan kawalan Camelia. Menyelinap masuk bukan idea yang bagus. " terang Helya.

" Anette's Palace? Istana? " soal Theresa.

" Yes. Istana tu bukanlah besar. Tapi tempat tu selalu jadi tumpuan orang kaya-kaya untuk buat majlis penting. Dan sebelum korang tanya, tempat tu Camelia yang pilih, bukan Hayes. "

Mereka semua menyandarkan badan mereka ke sofa. Mereka semua termasuk Helya sendiri buntu bagaimana nak selesaikan masalah ini.

" Kau tak boleh hack ke sistem kat situ? " soal Angel.

" Kita bercakap tentang Camelia. Dia mesti dah upah hacker lain untuk jaga sistem sekuriti tu. "

Jawapan Helya itu membuatkan mereka mengeluh berat.

" Kau tau siapa yang dia jemput? " soal Brodie pula.

Helya mengeluarkan tabletnya sebelum dia mencari fail-fail di dalam tablet tersebut.

" Nah. Aku sempat copy fail ni dari laptop Camelia bila dia datang rumah Hayes. Dalam tu ada senarai tetamu yang dijemput. " kata Helya sambil menghulurkan tablet itu kepada Brodie.

Angel di sebelah Brodie turut melihat senarai nama tetamu. Brodie membaca nama-nama di situ untuk seketika. Makin lama makin berkerut dahinya membaca senarai nama tersebut.

" So? " soal Vincent kepada Brodie.

" Satu nama pun kita tak kenal. " jawab Brodie sambil menggelengkan kepalanya.

" Hayes ada beritahu aku yang tetamu Camelia ramai dari puak-puak mafia yang lain. Kebanyakan mereka dari Itali dan France. "

" Kod tu macam mana? Dalam telefon atau..? " soal Vincent sengaja membiarkan soalannya tergantung.

" Ni. " kata Brodie sambil menunjukkan gambar kod yang terdapat dalam tablet kepada Vincent.

Mereka melihat kod itu ialah nombor yang dicetak di atas kad jemputan. Dan kad jemputan itu hanya mengandungi nombor sahaja serta sepatah dua kata alu-aluan.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now