BAB 27 - Lion's Den

1.3K 104 11
                                    

MEREKA mengambil tempat masing-masing di dalam private jet itu. Kalau ikutkan rancangan asal, mereka sepatutnya bertolak dari California sehari yang lepas. Tapi disebabkan Angel, mereka terpaksa menunda penerbangan mereka. Disebabkan itu jugalah semalam, macam nak roboh pintu bilik Angel.

Angel duduk di sebelah Hayes dan Hayes memberi senyuman kecil kepada Angel di sebelah. Angel sangkakan yang mereka akan duduk lama sikit kat California. Tapi tak apalah. Dan semalam, dia dengan Hayes sudah bersetuju untuk tak perlu pergi berbulan madu.

Angel menoleh ke sebelahnya memandang Hayes. Sampai sekarang dia tak tahu kenapa Hayes berkeras ingin mengahwininya. Cinta? Merepek. Dendam? Kenapa tak bunuh je dia? Dia sendiri tak tahu apa motif Hayes membuat semua perkara ni. Dan dia sendiri tak tahu kenapa dia agak berharap dengan perkahwinan ni. Jauh di lubuk hatinya dia berharap akan ada harapan untuk hubungan mereka. Suami isteri, bersama hingga ke hari tua....

" Kau ok? "

" Hah? " Angel terpinga-pinga memandang Hayes.

" Jauh termenung. "

Angel hanya mengukir senyuman kecil sambil menggelengkan kepala.

" Cuma... Aku balik rumah mana? "

Hayes berfikir sejenak. Brodie pernah menyuruhnya tinggal di rumah agam itu bersama mereka dan semestinya Hayes tolak. Dia tidak boleh tinggalkan Helya duduk seorang diri di rumah besar itu. Jadi dia fikir mungkin Angel boleh tinggal dengannya. Tapi mungkin Angel memerlukan privasi sendiri dan Helya memang jenis penyibuk. Lagi pun rumah itu hanya sementara. Rumahnya di California. Dari dulu hingga sekarang. Tapi tak mungkin dia akan meminta Angel pindah dengannya ke California. Kalau Angel pindah, akan musnah semua ranca-

" Hay. "

Kali ni, Hayes pula yang terpinga-pinga memandang Angel. Angel menjongketkan kening masih menanti jawaban Hayes.

" Rumah aku. Jangan risau, kau boleh balik rumah kau bila-bila masa je. "

Angel malas nak membantah jadi dia pun setuju je. Lagi pun di rumahnya ada banyak benda ghaib yang kaki penyibuk. Dan dia tak nak Hayes berasa kurang selesa terpaksa tinggal di dalam rumah yang ada banyak benda ghaib. Tambah lagi dengan maidnya.

Sepanjang penerbangan, mereka semua hanya mendiamkan diri. Sampai sahaja, Vincent yang paling cepat keluar dari private jet lalu mendepakan tangannya.

" NEW YORRRKKKK! " Jeritnya kuat.

" NEW YORK-OAAARRGGHH! " Badannya ditolak kuat dari arah belakang hingga Vincent hampir jatuh mencium tanah.

" Padan muka. " kata Helya perlahan lalu berjalan melintasi Vincent.

Terus laju mata Vincent menoleh ke arah Helya yang memandangnya dengan pandangan sombong.

" Kau memang- "

" Cantik? Genius? Gorgeous? Irresistible? " potong Helya sebelum Vincent menyambung ayatnya.

Helya memandang Vincent lalu menyisir rambut di dadanya ke belakang dengan lagak sebelum melangkah dari situ. Vincent hanya memerhati.

" Yes. Yes you are. " katanya sangat perlahan..

ㅇㅇㅇㅇ

HAYES, Angel dan Helya melangkah masuk ke dalam rumah Hayes. Helya menarik nafas dalam sambil melihat sekeliling rumahnya. Dia melangkah ke arah tangga namun dia menoleh semula ke arah Angel. Dipandangnya lama dari atas bawah. Angel perasan Helya memandangnya namun dia buat dek je. Tak ada masa nak layan budak macam dia. Helya melangkah semula ke arah tangga diikuti anak buah Hayes yang mengangkat bagasi miliknya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now