BAB 54 - After

666 62 4
                                    

JET peribadi milik Brodie mendarat di lapangan terbang peribadi miliknya. Jet itu mendarat di New York selepas beberapa jam terbang di udara. Vincent mula berdiri diikuti oleh Ryan. Ryan mengambil begnya dan beg Angel sebelum beredar. Dengan langkah yang lemah, mereka berdua melangkah keluar dari jet itu meninggalkan Angel yang masih statik di tempat duduknya. Brodie yang baru keluar dari kokpit melangkah menghampiri Angel.

" An. " panggilnya lembut.

Angel hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Brodie mengeluh berat sebelum dia melangkah keluar dari jet itu.

" Jaga dia. Pastikan dia selamat sampai rumah. " arahnya kepada anak-anak buahnya.

Dia menghampiri Vincent dan Ryan yang menantinya di kereta. Melihat Brodie hanya keluar bersendirian membuatkan dahi Vincent berkerut.

" Angel mana? " soalnya.

Brodie hanya menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam kereta. diikuti oleh Ryan.

" Korang geraklah dulu. Aku tunggu Angel. " katanya.

Brodie hanya mengangguk sebelum kereta itu dipandu keluar dari kawasan lapangan terbang itu. Vincent melangkah masuk ke dalam jet dan melihat Angel masih di tempat duduknya sambil memegang telefon dan didekatkan ke telinganya. Kelihatan seperti sedang membuat panggilan. Vincent mengambil tempat di sebelah Angel tanpa berbicara.

Namun setelah sekian lama, Angel mematikan panggilan lalu memejamkan matanya sambil mengeluh berat. Vincent sempat menilik ke arah skrin telefon Angel sebelum skrin dimatikan dan nama Hayes tertera di situ.

" Kau cuba call dia? " soal Vincent.

Angel tidak menjawab. Dia hanya memandang skrin telefonnya dengan pandangan kosong. Vincent memilih untuk duduk di situ tanpa berbicara. Memberikan masa untuk Angel bertenang dahulu.

Vincent mengeluarkan telefonnya dan membuka log panggilan. Nama Helya tertera paling atas dalam log panggilan dengan 10 panggilan yang tidak dijawab. Sebelum dia naik ke jet lagi dia telah menelefon Helya namun semua panggilan hanya masuk ke peti suara. Dia merenung nama Helya untuk seketika. Berfikir sama ada membuat panggilan atau tidak. Selepas berfikir sejenak, dia mematikan skrin telefon dan menyimpan telefonnya semula.

" Dia tinggalkan aku. " kata Angel secara tiba-tiba.

Vincent menoleh ke arah Angel. Angel hanya memandang ke luar tingkap dengan mata yang kuyu.

" Dia tak tinggalkan kau. " katanya.

Angel menggelengkan kepalanya. Selepas dia balik semula ke rumah Hayes di Itali, Hayes dan Helya sudah tidak berada di situ. Barang-barangan Helya juga hilang. Semua panggilan yang dibuat langsung tidak dijawab. Selepas memastikan yang mereka berdua tidak akan balik ke rumah itu, Brodie memutuskan untuk membawa mereka balik semula ke New York.

" Kau percaya ke cakap dia? " soal Vincent.

Angel tidak menjawab dan itu sudah cukup untuk menjawab soalan Vincent.

" Jadi kau nak cakap yang Hayes pandai sangat berlakon? An, jangan percaya cakap Camelia tu. "

" Dahlah. Aku penat. " katanya dengan nada lemah.

Angel mula berdiri dan berura-ura untuk beredar. Vincent menghela nafas sebelum mengikuti Angel keluar dari jet itu. Vincent berhenti di hadapan kereta dan mengeluarkan telefonnya. Masih tiada tanda-tanda yang Helya akan memanggilnya semula. Dengan langkah lemah dia masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu meninggalkan kawasan tersebut.

ANGEL melangkah masuk ke dalam rumah agamnya untuk kali pertama setelah meninggalkan rumah itu selama hampir dua bulan. Dia melangkah ke dalam lalu melilaukan matanya ke setiap pelosok rumah. Semuanya sudah menjadi asing baginya. Walaupun hanya dua bulan, namun dia hampir lupa akan ciri-ciri, perabot dan hiasan rumah itu. Tiada lagi seni reka cipta Itali yang menghiasi rumah. Terasa seperti rumah ini bukan miliknya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now