BAB 58 - Crazy Enough To Kiss You

797 61 6
                                    

SEBUAH kereta Mini Cooper berhenti tidak jauh dari kawasan sebuah gudang besar. Ryan mengeluarkan teropong miliknya lalu meninjau kawasan depan gudang itu.

" Aku tak nampak dia pun. " kata Ryan sambi menyimpan teropongnya semula.

" Dia belum sampai. " jawab Angel.

" By the way, kereta siapa kau curi ni? " soal Ryan.

Angel tidak menjawab. Dia hanya fokus memerhati kawasan sekeliling. Tiba-tiba sebuah kereta Audi R8 itu masuk ke dalam gudang. Ryan dan Angel terus bersiap sedia untuk keluar. Budak-budak yang menjaga kawasan luar gudang itu turut masuk ke dalam.

" Budak-budak siapa ni? " soal Angel.

" Mungkin Hayes. "

" Jom. "

Mereka berdua mula keluar dari kereta. Dengan langkah yang cepat, mereka menghampiri pintu gudang yang masih terbuka itu. Langkah cuba diringankan agar tidak menghasilkan bunyi derapan yang kuat. Mereka mengintai ke dalam gudang itu dan melihat Vincent melangkah keluar dari kereta.

Mereka melihat Vincent sedang memberi arahan kepada lelaki-lelaki yang berada di situ sebelum fokusnya beralih ke arah seorang perempuan yang berada di tingkat atas gudang itu.

" Helya? " soal Angel.

Vincent dan Helya dilihat sedang berbincang sesuatu dan Angel merasakan perkara itu agak serius. Kerana muka Vincent hanya serius memanjang atau itu cubaan Vincent untuk tampak cool depan Helya.

" Ingat kak, kau tak sepatutnya berada kat sini. Kak Helya sendiri yang cakap. "

Angel menjeling Ryan di sebelahnya. Macam tahu pula Ryan apa yang tengah dia fikirkan.

" Apa yang diorang bincangkan tu? " soal Angel.

" Manalah aku tahu. "

" Sebab tu kita kena masuk dalam."

Ryan dengan segera memegang tangan Angel agar Angel tidak berlari masuk ke dalam.

" Kak, aku tak nak masuk Suicide Squad. Kalau kau nak, kau pergi sendiri. "

" Pengecutlah kau ni. " balas Angel sambil menepis tangan Ryan.

" Ni bukan soal pengecut, ni soal amanah. " kata Ryan sebelum memegang tangan Angel semula.

" Amanah kepala hotak kau. "

" Ehwahh bahasa- "

" Hoi. "

Mereka berdua serta-merta berhenti bercakap apabila mendengar suara garau datang dari arah belakang mereka. Dengan perlahan mereka berdua menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki bersenjata sedang memandang ke arah mereka.

" Estoy perdido. (I'm lost) " kata Ryan.

Dalam sekelip mata, pandangan mereka berdua menjadi gelap.

ANGEL membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba bangun namun kepalanya terasa pedih.

" Auchh. " dia mengusap kepalanya yang masih terasa panas dan sedikit benjol.

Dia melihat kawasan sekelilingnya dan melihat Ryan baring di sebelahnya dalam keadaan masih tidak sedarkan diri. Baru dia perasan yang mereka baring di atas katil dan berada di sebuah bilik. Bilik yang nampak cantik dan normal. Bukan seperti bilik seksaan.

" Good morning, my angel. "

Angel menoleh ke arah pintu dan melihat Vincent sedang bersandar di muka pintu dengan tangan disilangkan ke dada. Butang baju kemeja putihnya dibuka di bahagian atas dengan lengan baju yang disisih ke siku. Ada sedikit tompokan darah di bajunya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now