BAB 26 - I Can't

1.3K 109 2
                                    

ANGEL tak dapat tidur lena jadi semalaman dia cuba melelapkan diri. Mengiring ke kanan, mengiring ke kiri, mengiring ke kanan lagi. Semuanya tak kena. Jadi dia memutuskan untuk menyambung bukunya yang berjudul ' Kingdom Of The Wicked ' karya Kerri Maniscalco.

Dia menghambiskan masa tidurnya dengan membaca buku itu dan tanpa dia sedar jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Barulah dia cuba tidur semua.

Dia terbangun apabila mendengar telefonnya berdering kuat. Sekali lagi, Angel mencapai telefonnya dan menekan butang merah menolak panggilan itu. Apa yang dia minta sekarang cuma masa yang cukup dan tenang untuk dia tidur. Semasa dia menolak panggilan tadi, dia ternampak jam pada telefon yang baru menunjukkan pukul 7.32 pagi.

Angel merengek sebelum menarik selimut hingga paras kepala. Menyesal baca buku sampai tak ingat dunia. Sekali lagi telefonnya berdering.

" Huh! " dia mencapai telefon dan menekan butang merah sebelum mematikan telefonnya.

Dia mengambil bantal lalu menutup kepalanya dengan selimut ditarik hingga paras leher. Dan Angel mula terlelap semula. Akhirnya dia dapat tidur yang dia berhak dapat setelah tiada lagi gangguan daripada telefonnya. Tenang dan sunyi. Tambah lagi dengan dirinya yang memang ngantuk tahap thanos. Angel kembali tidur semula dengan tenang dan

TOK! TOK! TOK!

" Angel! "

Pintu Angel diketuk bagai nak robohkan benda tu.

" Arghhhhhaaaaaa.... " Angel merengek macam nak menangis.

Dia tak endahkan benda asing kat luar dan mengiringkan badan lalu menekup telinga dengan bantal.

" Angel! Bangun! "

" Fuck you, Daniel!! " tengkingnya kuat.

Dia kenal suara tu. Dia kenal sangat suara lelaki itu. Pemilik suara yang Kadang-kadang nak je dia cekik sampai mampus.

Ketukan di pintu belum berhenti. Tadi cuma tiga ketukan saja. Tapi sekarang dia dengar seperti ada banyak tangan yang mengetuk pintunya seakan nak meroboh pintunya.

" Angel Myqa Blix! "

Angel mengeluh kasar apabila mendengar namanya. Kali ni suara Brodie yang dia dengar. Dia sekali lagi tak pedulikan semua gangguan setan tu dan teruskan tidur. Matanya lebih penting baginya. Dia melelapkan mata semula cuba tidur dalam keadaan yang bising nak mampos ni. Hinggalah

PAK!!

Pintu biliknya dibuka mendadak dari luar dengan kuat sehingga pint itu terhempas di dinding. Terus Angel duduk menegak dengan mata terbeliak. Terkejut pintunya dibuka dari luar dan terkejut apabila melihat ramai orang masuk ke dalam biliknya.

Ryan, Vincent, Brodie, Helya, Argon dan Hayes masuk ke dalam biliknya. Angel terus menyelimut seluruh badannya dan baring semula di atas katil. Malu. Dia masih lagi dalam keadaan mengantuk macam ni dan diorang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam.

" Keluarrrr.... "

" Angel. Bangun. " arah Vincent lalu menarik selimut yang menyelimuti badan Angel.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now