BAB 50 - At Her Mercy

939 66 1
                                    

MEREKA melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Hayes yang berada di Milan, Itali. Rumah agam yang berteraskan reka bentuk zaman renaissance itu seakan-akan memperlihatkan bahawa rumah itu ialah tinggalan zaman dahulu. Mereka terpesona dengan keluasan halaman luar yang mampu menjadi tempat helikopter itu mendarat.

" Kau tak cakap apa-apa pun yang kau ada rumah kat sini. " kata Vincent.

" Abang aku punya. Bukan aku." kata Helya lalu berjalan mendahului Vincent.

Mereka masuk ke dalam rumah agam itu dan terpesona dengan rekaan dalamannya. Angel mengerling ke arah Hayes. Hayes yang perasan akan kerlingan Angel mengenyitkan mata ke arahnya.

Mereka mula masuk ke bilik masing-masing dan membersihkan diri mereka. Hayes melangkah ke dapur. Dari sudut matanya, dia dapat menangkap pergerakan Brodie yang mengekorinya. Dia terus berjalan dan tiba-tiba bahunya ditarik dari arah belakang dan satu tumbukan hinggap di mukanya.

Brodie terus menolak badan Hayes ke dinding dan kolar baju Hayes dicengkam.

" Kau! " jerkah Brodie.

Hayes sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Dan nampaknya Brodie tidak membuang masa.

" Kau siapa sebenarnya? Hah? "

Hayes tidak menjawab. Dia hanya memandang mata Brodie.

" Kau nak apa? Nak bunuh kitorang? Nak rampas kuasa kitorang? Jawab! "

Hayes kekal tenang. Matanya terpandang ke arah Helya yang berada di pintu dapur sedang terkejut melihat apa yang berlaku. Hayes perlahan-lahan menggelengkan kepalanya. Dengan langkah berat, Helya beredar dari situ.

" Aku agak kau dah dengar semuanya. " kata Hayes.

" Camelia. " kata Brodie sepatah.

" Apa yang kau dengar, itulah kebenarannya. " jawab Hayes.

" Kau- " Brodie sekali lagi melepaskan tumbukan ke muka Hayes.

Hayes meludah darah di mulutnya dan menoleh ke hadapan semula. Brodie telah menghalakan pistol dengan silencer ke arahnya.

" Kau patut mati. " kata Brodie dengan suara yang tenang namun dingin.

Hayes memandang Brodie dengan pandangan tajam.

" Aku tak kesah kau siapa. Aku tak akan biarkan kau bunuh aku. Selagi masalah ni belum selesai, selagi itu kau akan nampak muka aku. "

Brodie menaikkan pistol ke arah kepala Hayes.

" Aku percayakan kau, sial. " kata Brodie.

Hayes dapat melihat pandangan Brodie berubah sayu sebelum berubah dingin semula dalam sekelip mata.

" And I need you to trust me again. " kata Hayes.

" Lepas tu? Bunuh kitorang? "

Soalan itu tidak dijawab oleh Hayes. Dia tidak janji. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

" Kau permainkan Angel. " kata Brodie dengan nada perlahan.

Ayat itu membuatkan Hayes memandang Brodie tepat di matanya.

" Aku sayang dia. " bantah Hayes.

" Kau pergunakan dia. "

" Dulu, ya. Tapi sejak aku ucapkan sumpah tu, aku dah bersumpah akan jaga dia, sayang dia. "

"Jangan tipulah sial! " Brodie berura-ura menarik picu.

" I love her! " jerkah Hayes.

Brodie memandang Hayes seketika. Pistol masih dihalakan ke arah Hayes.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now