BAB 24 - Takeaway

1.2K 118 7
                                    

SEMINGGU dah berlalu. Tinggal seminggu lagi sebelum perkahwinan berlangsung. Mereka sudah berada di lapangan terbang untuk pergi ke California. Sebelum berlepas, mereka minum dahulu di cafe lapangan terbang.

Helya macam biasa, donut di depan. Ryan pula dari tadi menekup telinganya. Suara bayi menangis memang menggangu ketenteramannya. Dia menoleh ke arah meja sebelah di mana seorang wanita sedang cuba menenangkan bayinya yang tak henti menangis. Tak tahan akhirnya Ryan mengeluh berat.

" Excuse me, madam. " panggilnya.

Wanita itu menoleh ke arahnya. Angel dan Brodie mula memerhati.

" For your information, there is an emergency door on the plane. All you gotta do is open it and then throw the ba- ummphhhh! "

Vincent cepat menekup mulut tak berlesen Ryan daripada terus menyambung ayatnya yang tak berlesen. Langgar je.

" Sorry madam. Really sorry. " ucap Vincent.

Wanita itu memandang mereka berdua pelik sebelum berdiri dan melangkah keluar dari cafe itu. Helya tergelak kecil. Brodie hanya memandang Ryan yang buat muka tak bersalah.

" Dah jom. " arah Brodie.

Mereka mula keluar dari lapangan terbang itu. Atau pun lebih spesifik, lapangan terbang peribadi. Hanya orang yang ada private jet sahaja yang boleh mendarat di situ. Sebab ramai orang-orang kaya yang ada private jet sendiri akan datang ke sini dan mendaratkan private jet mereka. Maksudnya wanita tadi ialah salah seorang orang yang kaya juga tapi Ryan peduli apa? Bukannya diorang berani komplain pun. Lapangan terbang tu milik mereka. Milik keluarga La Fauci.

Mereka masuk ke dalam private jet milik Brodie. Masing-masing mengambil tempat sendiri. Brodie pula duduk di tempat juruterbang. Dia yang akan terbangkan burung robot ni memandangkan dia pernah belajar. Dah master dah pun.

" Bro, kalau aku pikat dia, jangan marah. " Helya berbisik di telinga Hayes.

Hayes tak menjawab. Sejujurnya kalau dia perempuan pun dia akan terliur juga tengok Brodie. Dahlah kaya, kacak, sasa, berkuasa, pandai masak, pandai kemudi kapal terbang pulak. Dia tak salahkan Helya yang daripada tadi merenung Brodie.

Vincent mengambil tempat di belakang Helya. Ryan pula duduk di sebelah Brodie. Ingin belajar cara kemudi kapal terbang. Hayes duduk di sebelah Angel.

" Nak? " Angel menunjukkan chewing gum di tangannya.

Hayes tak menyahut. Sebagai jawaban, dia menghulurkan tangan ke arah Angel.

Private jet itu terbang di atas awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba mengores pipi. ( Sorry kalau salah lirik )

Sepanjang perjalanan, Helya tidur nyenyak, Vincent nak tidur tapi ditahan tapi akhirnya tidur juga. Ryan tekun belajar sementara Brodie mengajar Ryan semua yang perlu tahu semasa menerbangkan kapal terbang. Hayes leka mendengar lagu di headphones manakala Angel fokus membaca buku berjudul ' The Shadows Between Us ' karya Tricia Levenseller.

Dia nak berbual dengan Hayes namun lelaki itu susah nak diajak bercakap. Bila menjawab sama ada hmm, geleng, angguk tak pun sepatah dua je keluar. Tapi dia fahamlah sebab dia dah tahu yang Hayes ialah introvert dan bukannya tak nak cakap dengannya.

Angel menutup buku itu perlahan. Tak ada mood pula nak baca. Dia menoleh ke arah Hayes yang masih ada headphones di kepala. Dia perlahan-lahan menarik tali headphones Hayes untuk menarik perhatiannya. Hayes terus menoleh ke arah Angel. Kening dijongketkan.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now