BAB 38 - The Chase

949 90 6
                                    

HAYES meneropong lorong-lorong kecil itu dari atas bumbung. Dia menekan earpiece di telinganya sebelum menurunkan teropong.

" Ryan, ada apa-apa?"

"Takde. " Ryan yang bersembunyi di atas bumbung yang agak jauh dari Hayes menyahut.

Ryan meneropong ke arah jeti memandangkan dia berada dekat dengan kawasan tersebut.

" Angel?" tanya Hayes lagi.

"Mehh. "jawab Angel sambil berjalan di lorong-lorong kecil itu dengan skarf hitam dan kaca mata hitam dipakainya.

Helya dan Vincent yang berada di dalam van mini juga peka dengan keadaan sekeliling. Vincent menoleh ke arah Helya di sebelahnya yang asyik menaip sesuatu di laptopnya. Mungkin sedang menggodam sesuatu.

"Buat apa tu? "tanya Vincent perlahan.

"Hack cctv."

"Boleh ke?" tanya Vincent hairan.

"Kalau kau pandai dan tahu apa yang kau buat, boleh je." jawab Helya tanpa memandang Vincent.

Vincent mengangguk dengan matanya tidak lepas dari memandang Helya. Rambut gadis yang berwarna silver itu melindungi mukanya dan Vincent terpaksa menahan dirinya dari menyelitkan rambut ke belakang telinga Helya.

"Helya. "panggil Vincent lembut.

Tangan Helya yang sedang menaip terus kaku. Dia tidak pernah mendengar Vincent memanggil namanya dengan begitu lembut- eh bukan. Vincent tidak pernah pun memanggilnya dengan namanya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Vincent yang sedang memandangnya.

"Kau nak apa?" jawab Helya kasar.

"Kalau aku ajak kau keluar, kau sudi tak? "

Terbeliak mata Helya mendengar soalan Vincent. Sungguh tidak disangkanya. Sangat straight to the point tanpa berkias-kias. Entah kenapa Helya merasakan lidahnya kelu. Vincent merenung anak mata hazel milik Helya tanpa gentar.

"Sudi tak kau keluar dengan aku?" tanyanya lagi.

"Ak-aaa.....um.. "

Helya merenung mata Vincent lama mencari sama ada lelaki itu serius atau tidak. Vincent mengukir senyuman paling manis untuk Helya. Tiba-tiba senyuman terukir di muka Helya sebelum ketawanya meletus.

"Hahahahaha! Lawaklah kau ni, Vin." Helya ketawa sambil memukul-mukul bahu Vincent.

"Tapi lawak kau tu bertempatlah. Tengah misi ni. Kau buat aku sakit jantung tadi tau tak?" kata Helya sambil memegang dadanya.

Senyuman Vincent terus hilang namun dengan cepat dia buat-buat ketawa namun kedengaran terpaksa.

"Ceh.. tak guna. Kantoi aku. "Vincent cepat menukar raik wajahnya.

Helya ketawa lagi sambil memukul lengan Vincent semula. Vincent terpaksa mengukir senyuman walaupun nampak pahit.

"Dahlah kau, culo. Fokus." Vincent menegur Helya yang masih dengan sisa ketawanya.

Helya terangguk-angguk sambil menekup mulutnya. Vincent mengukir senyuman kecil lalu menoleh ke arah tingkap. Serta-merta senyumannya mati. Sekarang, dia rasa sangat... Sakit.

Dia menyalahkan dirinya kerana bodoh sangat memilih masa seperti sekarang untuk menanyakan soalan tu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia pilih masa seperti sekarang.

"Hello? Hello?" tiba-tiba earpiecenya berbunyi.

"Yes, Rico". Hayes yang berada di atas bumbung dengan segera menyahut.

Kill Me, Love Me [OG]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ