BAB 46 - Before It Happens

904 75 9
                                    

Badan mereka berdua terapung-apung di atas lautan biru yang terbentang luas dan tidak berpenghujung. Tiada pulau atau kapal yang kelihatan, sebaliknya hanya garisan pertemuan antara laut dan langit.

Cahaya matahari terik memancar ke arah laut. Payung terjun yang sudah digunakan dan terapung-apung di atas laut itu dipandang kosong oleh Brodie.

Brodie menyelamkan kepalanya untuk membasahkan kepalanya yang panas. Dia timbul semula dan menoleh ke arah Eddy yang sedang berenang ke arahnya. Brodie meraup rambut basahnya yang ke belakang.

Brodie segera menarik tangan Eddy untuk terjun keluar dari jet apabila bom itu meletup. Mereka terlepas dari letupan bom itu. Dari apa yang mereka perhatikan, lelaki itu memang jenis yang berani mati.

Eddy berenang menghampiri Brodie dengan riak wajah yang jelas menunjukkan kerisauan.

" Tuan, macam mana ni? "

Brodie melihat kawasan laut yang tidak menampakkan mana-mana pulau atau kapal sebelum dia menoleh ke arah Eddy.

" First, berapa lama kau dah kerja dengan aku? " soal Brodie secara tiba-tiba.

" Um... 10 tahun. jawab Eddy.

" Berapa lama kau dah membesar dengan aku? " soalnya lagi.

"19 tahun. "

" dan kau masih panggil aku tuan? "

Eddy terdiam sejenak. Dia berjumpa dengan Brodie sejak mereka berdua berumur 10 tahun. Eddy mula menjadi orang kanannya apabila mencecah umur 19 tahun. Sudah berapa kali Brodie memberitahunya agar memanggilnya dengan nama namun Eddy tetap berkeras untuk memanggilnya dengan gelaran tuan.

" Err.. Tuan, kita ada benda yang lebih mustahak sekarang ni. " kata Eddy.

Brodie mengangguk lemah. Dia melihat laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Sekarang ni otaknya tak dapat berfikir cara untuk mereka berdua keluar dari situ kerana peluang mereka terserempak dengan mana-mana kapal ialah 0.00001%. Berenang untuk cari pulai? Tunggu masa je jerung ke pirana ke datang untuk ngap diorang.

" Kita kat mana ni tuan? " tanya Eddy.

" Mediterranean Sea. "

" MEDITERRA- ehemm.. " Eddy berdeham sambil cuba menenangkan dirinya.

Brodie hanya memandang saja Eddy yang cuba bereaksi tenang walaupun dia tahu Eddy sedang cuak sekarang. Eddy menarik nafasnya sebelum dihelakan perlahan.

" Laut Mediterania? Macam Mediterania Mediterania?" soal Eddy.

" Hmm. "

Eddy menyelam untuk membasahkan kepalanya dan dia kekal seperti itu selama beberapa saat. Brodie yang memandang menjadi pelik apabila Eddy belum muncul hampir satu minit.

" Eddy? Eddy, hoi- "

" BUARGHHHHHHHHH!!! "

Eddy muncul ke permukaan laut sambil menjerit dengan sekuat hati membuatkan Brodie terkejut beruk.

" Woi! Kau kenapa?! " jerkah Brodie.

" BRO, AKU TAK NAK MATI KAT SINI! "

" Apasal? Kau nampak jerung ke? " tanya Brodie dengan nada panik.

" Je-jerung? Mana? Manaaaaaaaa? Suruh jerung tu pergi dari sini! Kau kan mafiaaaaa. "

Brodie memicit dahinya sambil mengeluh berat. Inilah kali pertama dia nampak Eddy hilang cool dan takut. Tapi sangat memenatkan telinganya.

" Eddy, kita tak akan mati- "

Luke! Macam mana dengan Luke? Macam mana dengan parents aku? Aku masih nak jaga diorangggggggg. Brodieeeeeeeeehehehehehe... Eddy berenang mendekati Brodie lalu lengan Brodie ditarik-tarik dan dihayun-hayun olehnya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now