BAB 6 - Ice Bear

1.9K 143 2
                                    

ANGEL terbangun daripada tidurnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan sebelum duduk. Dia menyelak selimutnya untuk melihat kakinya yang dibalut. Dia mengeluh kerana tahu lepas ni memang pergerakkannya terbatas.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Terus dia turun dari katil lalu menuju ke pintu dengan langkah yang tempang. Dia belari ke arah bilik Ryan secepat yang boleh. Pintu di buka dengan kasar.

“ Ryan! ” jerkahnya.

Ryan yang tengah mengemas katilnya terkejut beruk.

“ Eh akak buat apa ni? Patutnya rehat je. Kalau tak kaki kau tak sembuh. ” katanya sambil melangkah ke arah Angel.

Angel tersenyum lebar sebelum menarik adiknya ke dalam pelukan. Lega hatinya. Ryan dah hairan. Pelik dengan perangai kakaknya. Namun tetap dibalas juga pelukan itu.

“ Kenapa ni? ” tanyanya.

“ kau selamat. ”

“ Selamat? Se...selamat apa? ” dia cuak. Risau kalau Angel tahu tentang hal semalam..

Tiba-tiba Angel menolak badan Ryan dari pelukan.

“ Jangan ingat akak tak tahu. ”

Ryan berdiam diri.

Angel ingin membuka mulut namun satu suara dah mencelah.

“ Kenapa ni? ” satu suara garau datang dari arah belakang Angel.

“ Abang. ”

Brodie melangkah mendekati mereka berdua.

“ Dah siap nanti, turun ke bawah. Aku tahu korang tahu apa yang aku nak bincangkan. ” Katanya sebelum keluar semula.

Kedua-dua beradik itu mula pucat. Angel risau kalau abangnya tahu tentang Hayes dan ingin membunuh lelaki itu. Sebab kalau Brodie dah arahkan untuk bunuh, dia ataupun Ryan tak mampu nak bantah.

Mereka berdua hanya mampu berdiam diri.

ㅇㅇㅇㅇ

HAYES membuka matanya yang terlelap apabila namanya dipanggil. Dia memandang ke arah anak buahnya yang berdiri di hadapannya.

" Bos, anak buah kita cakap dia tak apa-apa. " kata anak buahnya, Caster.

" Hmm.. " Dia duduk dari baringannya.

Caster melangkah keluar dari rumah agam milik Hayes itu selepas diarah. Hayes melangkah ke arah dapur dan menuju ke arah bar mini miliknya sebelum wain dicapai.

Dia teringat akan peristiwa semalam. Selepas sahaja dia menekan butang bom semalam, dia terus keluar dari rumah tersebut dan menuju ke keretenya lalu memecut laju untuk pergi menyelamatkan Ryan. Nasib baik dia sempat sampai sebelum keadaan jadi lebih teruk.

Selepas dia berjaya selamatkan Ryan, serta-merta fikirannya melayang memikirkan Angel yang ditinggalkannya. Selamatkah dia? Pertanyaan tu berlegar di fikirannya.

Namun soalannya terjawab apabila Vincent datang mengambil Ryan. Dari situ dia tahu Angel selamat. Selepas itu dia terus balik ke rumahnya dan meminta anak buahnya memerhatikan Angel.

ㅇㅇㅇㅇ

"NO! "

Ryan, Vincent dan Brodie serentak memandang ke arah Angel. Brodie  memandangnya dengan riak wajah yang tenang.

" and why exactly? "

" se...Sebab... " Angel mula tergagap-gagap entah bila dia dapat tu.

" Seriously An, kau dah jalan tempang macam ni pun masih nak lindung dia? " Vincent pula bersuara.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now