BAB 12 - Scream

1.6K 128 5
                                    

ESOKNYA, Hayes masak makanan kegembaran Helya, Ratatouille. Memang dia belajar memasak sendiri sejak sampai di California. Tak mampu beli makanan di kedai hari-hari.

Dia setuju untuk benarkan Helya tinggal di situ selama seminggu. Dan selama seminggu tu juga, dia akan cuba hindar dari segala masalah. Termasuk Angel.

Excuse me! ” Helya memanggil dari tingkat atas.

Suara nyaring Helya itu kedengaran hingga ke dapur.

Can someone help me? ”

Hayes meninggalkan dapurnya untuk naik ke atas selepas menyuruh anak buahnya mematakan dapur itu. Dia tiba di bilik tidur yang tidak didiami itu, namun sekarang milik Helya. Helya sudah pun melihat seluruh kawasan rumah itu dan kalau rahang boleh tercabut, memang akan tercabutlah rahang dia.

Rumah luas itu mempunyai empat bilik tidur. Ruang tamu luas bertemakan dark theme. Senang cakap seluruh rumah itu dihiasi dengan dark theme. Terdapat gym yang berdindingkan kaca dan menghadap kolam renang belakang rumah. Bar mini, perpustakaan kecil satu bilik penuh dengan pakaian. Mostly pakaian lelaki. Bilik kerja, garaj bawah tanah, meeting room kecil, dapur yang luas, bilik senjata dan man cave. Tak tahu apa benda tu tapi man cave.

Hayes berdiri di dalam bilik Helya yang sedang mengalihkan bagasinya. Hayes memandang tiga bagasi besar di sebelah Helya.

“ Macam nak lari je. ”

“ Memang El lari pun. ” jawabnya.

Hayes duduk di birai katil memandang Helya yang dah lesap masuk ke walk in closet.

Belum siap kemas ke? Malam tadi buat apa? ”

“ Malas. ” jawabnya jujur.

“ Ingat. Seminggu je. ”

“ Hmm. ”

“ El. Sini jap. ”

Tanpa membantah, Helya menghampiri Hayes dan duduk disebelahnya.

“ Apa? ”

“ Ni. ” Terus Hayes berdiri dan menarik telinga Helya sebelum memulasnya.

“ Arghh! Sa.. sakittttt.. ” Helya turut berdiri.

“ Sakitlah babi! ”

Language. ” Pulasnya lagi.

Jeritan rengekkan Helya semakin kuat.

“ Hahh tahu sakit. ” sekali lagi dia memulas telinga Helya.

“ Huarghhh!! Sakittttt. Lepaslahh. ” rungutnya sambil memukul dada dan lengan Hayes.

“ Lepas ni, jangan suka suki je hack sistem orang faham tak? ”

Helya terangguk-angguk.

“ Bagitau abang dulu sebelum pergi mana-mana. Faham? ”

Sekali lagi Helya mengangguk.

“ Kalau ada benda jadi, bagitau terus kat abang, faham? ”

Dia menganggukkan kepala sekali lagi.

“ Terangguk-angguk macam burung belatuk ni kenapa? Jawab! ” jerkahnya.

“ Ya, bos! Faham, bos! ”

Hayes melepaskan telinga Helya yang dah kemerahan. Terus Helya menjauhkan diri dari Hayes sambil menggosok telinganya.

Such a little girl. ”

Ayat itu menyebabkan Helya merenung tajam ke dalan mata Hayes.

“ Dah turun. Nanti sejuk pula makanan tu. ” katanya sebelum melangkah keluar.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now