BAB 57 - NY To Cali

701 58 4
                                    

HAYES melemparkan telefonnya ke atas katil sebelum duduk di birai katil. Dia tidak menyangka yang Angel akan menjawab panggilannya selepas apa yang berlaku. Dia cuba mengubati rindunya namun setelah mendengar Angel memanggil namanya membuatkan rindunya bertambah parah.

Dia keluar dari biliknya dan membiarkan telefonnya di situ. Dia menuju ke dapur dan melihat Helya sedang berbual dengan Caster, orang kanannya.

" Hay. " panggil Caster.

Helya menarik kerusi di sebelahnya lalu menepuk-nepuk kerusi tersebut menyuruh abangnya duduk di situ. Hayes duduk di kerusi tersebut sementara Caster menuang segelas air untuknya.

" Minum. " kata Caster sambil meletakkan secawan air tersebut di depan Hayes.

Hayes hanya memandang cawan tersebut dengan pandangan kosong.

" Penny for your thoughts? " soal Caster.

Hayes memandang Helya seketika yang menyebabkan Helya berasa keliru.

" Apa? " tanyanya.

" Nothing. " balasnya.

" Hay, aku nak tanya kau? " soal Caster sambil bersandar di kaunter dapur, menghadap mereka berdua.

" Kenapa kau tak bunuh je perempuan tu? Kau ada banyak peluang untuk bunuh dia. Kenapa? "

Helya menoleh ke arah Hayes dengan soalan yang sama bermain di fikirannya. Sekali lagi Hayes memandang Helya untuk seketika sebelum dia menoleh ke hadapan semula.

" Dia ada benda yang aku nak. Untuk dapatkan benda tu, aku kena bunuh diorang dulu. " katanya.

" Benda? " soal Helya kehairanan.

" Rahsia. Satu rahsia tentang.. " Hayes memandang Helya semula.

Helya dapat melihat yang Hayes seperti sedang berfikir sama ada memberitahunya tentang hal itu atau tidak.

" Sebab tu aku tak boleh bunuh dia lagi. Aku kena dapatkan kepercayaan dia dulu untuk tahu rahsia tu. " katanya.

Caster mengangguk faham. Helya memandang Hayes dengan pandangan tidak puas hati dan Hayes perasan akan pandangan itu namun tidak dihiraukan. Hayes mengambil cawan tersebut dan terus meneguk habis air itu sebelum dia beredar dari dapur. Helya turut bangun dan mengikuti abangnya.

" Abang. " panggilnya.

" We need to talk. "

" Tak ada benda nak dibincangkan. "

Hayes menuju ke biliknya dan cuba menutup pintu bilik namun Helya lebih cepat menahan pintu tersebut.

" Helya.

Abang, tolonglah. Benda apa lagi yang abang rahsiakan? "

Hayes mengeluh berat lalu menjauhi pintu membiarkan Helya masuk ke dalam. Hayes duduk di birai katilnya dan diam sejenak.

" Aku tak akan keluar selagi kau tak bagitau. " katanya lalu bersandar di almari dengan tangan dilipatkan di dada.

Hayes masih tidak bersuara. Dia hanya merenung lantai dengan pandangan kosong.

" Rahsia tentang ibu " katanya.

Helya memandang Hayes dengan pandangan tidak percaya. Dia menegakkan badannya dan menghampiri Hayes dengan perlahan.

"Ibu? "

" Ibu hilang bila kau berumur 7 tahun. Masa tu abang berumur 11 tahun. Ingat? " soalnya.

Helya mengangguk lemah. Walaupun dia hanya berumur 7 tahun ketika itu, namun dia masih ingat lagi kali terakhir ibunya membacakan buku cerita untuknya sebelum tidur. Keesokkan harinya, dia terdengar perbualan ayahnya yang ibu mereka sudah menghilangkan diri. Tanggapan mereka ialah ibu mereka melarikan diri pada tengah malam selepas menidurkan Helya. Dia ingat lagi tangisan air mata ibunya semasa membacakan cerita untuknya.

Kill Me, Love Me [OG]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang