BAB 13 - Devil In Disguise

1.5K 128 10
                                    

SEMUA orang di dalam lobi hotel lari bertempiaran apabila melihat Brodie, Ryan dan Vincent melangkah masuk ke dalam lobi. Tiga bodyguards di belakang mereka. Staff yang ada di situ semua menundukkan badan. Pelanggan hotel semua menjauhkan diri daripada mereka. Seram. Brodie berada di tengah-tengah Ryan dan Vincent. Mereka bertiga melangkah ke koridor menuju ke pejabat Angel.

Eddy yang mengikuti di belakang mula berjalan di hadapan mereka untuk menyoal pembantu Angel yang sudah berdiri.

" Mana Ms. Myqa? "

" Bilik...no..nombor ti..tiga. "

Pembantu itu tergagap-gagap menjawab soalan Eddy. Mana taknya bila ada tiga singa kat belakang yang macam nak menerkamnya.

Tanpa membuang masa mereka terus menuju ke lift untuk pergi ke tingkat dua. Tiada bilik di tingkat satu memandangkan tingkat itu menempatkan pejabat, lobi, cafe dan restoran.

Mereka bertiga bergegas masuk ke dalam bilik yang sudah pun dijaga oleh anak-anak buahnya. Masuk sahaja, mata mereka terhala ke arah katil di mana Angel masih lena tidur. Dia sudah pun sedar namun dia memilih untuk merehatkan diri.

Brodie melangkah ke sisi katil dan perlahan-lahan menyelakkan selimut yang menyelimuti tubuh gadis itu dengan perlahan. Dia memandang paha Angel sudah pun dibalut dan dirawat. Mereka bertiga menarik nafas lega.

Ryan memandang sekeliling bilik. Hanya anak-anak buahnya saja yang kelihatan. Brodie memandang Eddy di muka pintu.

" Kau kumpul semua budak-budak yang jaga hotel ni. Settle kan diorang. " arahnya.

Dia merujuk kepada anak-anak buahnya yang sepatutnya menjaga Angel dan hotel itu daripada mana-mana bahaya. Tapi satu batang hidung pun tak nampak bila Angel kena serang.

" Ya, tuan. " Eddy melangkah keluar dari situ.

" Aku ikut. I need to punch or kill something. " Vincent turut melangkah keluar.

Brodie memandang seorang anak buahnya yang baru masuk ke dalam bilik.

" Tuan. Rakaman cctv tu dah dipadam. Guards kat situ pun tak tahu tentang ni. Nampak macam diorang turut pengsan semasa serangan tadi. " jelasnya.

" Macam mana dengan rakaman bila Angel dipindahkan ke sini? " Ryan bersuara.

" Yang tu pun turut dipadam. Nampak macam orang yang dah selamatkan Ms. Angel cuba nak sembunyikan identiti dia. "

Selamatkan?...Angel.. mungkin?

Ryan berfikir sejenak apabila mendengar penjelasan anak buahnya. Dan serta-merta dia terfikirkan seseorang yang sudah melindungi dirinya dan Angel selama ni.

Hayes?!

Ryan memandang Angel dan menghembuskan nafasnya. Entah kenapa dia berasa sangat lega apabila dia tahu orang yang menyelamatkan kakaknya ialah Hayes.

DI pejabat Angel, sudah 20 orang anak buah dikumpulkan di situ. Ju sudah pun dihalau balik. Dari luar dapat didengar suara Vincent yang melepaskan amarahnya.

BUKK!! BUUKK!!

PRANGK!!

Salah seorang anak buahnya jatuh ke atas meja kaca selepas ditumbuk dan ditolak menyebabkan meja itu pecah.

" Siallah! "

Vincent mencapai kayu besbol dan dihayunkan ke arah anak buahnya yang melutut di lantai.

PAKKK!

Pukulan itu terkena tepat pada kepalanya.

" Woahhhh Home run! Hahhahaha. " gelaknya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now