BAB 42 - To Stay Alive

1K 92 5
                                    

N O T E
TW!!

‼️CHILD ABUSE ‼️🫂
__________________________________________

EDDY melangkah masuk ke pejabat Brodie yang sedang ligat memikirkan sesuatu. Brodie memandang Eddy menghampirinya sambil berharap apa yang dicarinya dapat.

“ Ini rakamannya. ” kata Vincent sambil menunjukkan sebuah pendrive.

Eddy terus memainkan rakaman cctv di laptop Brodie. Rakaman cctv di hadapan After Class Cafe menunjukkan yang Brodie melangkah keluar dari kereta dan Eddy hanya menunggu di dalam. Selepas beberapa minit dia berada di dalam cafe itu, sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di tidak jauh dari cafe itu.

Brodie memerhati seorang perempuan keluar dari kereta itu dan perempuan itulah yang dia cari. Eddy membesarkan imej plat nombor kereta milik perempuan itu dan nasib baiklah gambarnya jelas.

“ Eddy. Panggil Sam untuk jejak kereta ni. ” arah Brodie.

Sam ialah salah satunya orang yang dapat melakukan kerja-kerja menggodam di kumpulan itu. Eddy memandang Brodie seketika sebelum bersuara.

“ Tapi tuan. Kita boleh minta tolong Helya. ”

No. ” kata Brodie tanpa teragak-agak.

“ Tuan, Helya lebih handal dalam- ”

I said no. ”

“ Tuan- ”

“ Aku tak nak risaukan diorang. Kau faham tak? ” potong Brodie lagi.

“ Tapi kalau apa-apa jadi kat tuan, diorang akan tahu ke? ”

“ Eddy, just shut it. ”

Eddy hanya mampu akur. Dia meminta diri sebelum keluar dari bilik itu.

ㅇㅇㅇㅇㅇ

HAYES turun ke dapur dan melihat sarapan pagi sudah terhidang di meja. Dia menghampiri Angel yang membelakanginya sambil mencuci pinggan. Dia berdiri di belakang Angel lalu merangkul pinggang Angel dari belakang.

Buongiorno, amore. ” ucapnya sebelum mengucup leher Angel.

Angel memalingkan wajahnya untuk memandang Hayes. Dia sedar jarak muka mereka sangat dekat. Matanya teralih kepada bibir Hayes yang sangat menggoda matanya dan dia cuba sedaya upaya untuk mengawal dirinya dari mengucup bibir itu.

“ Tak faham. ” kata Angel.

Good morning, love. ” terang Hayes sambil ketawa halus.

Morning. ” balas Angel.

Angel kembali menyambung kerjanya dengan pinggangnya masih dirangkul oleh Hayes.

“ Masak sup untuk Vincent boleh? ” pinta Hayes tiba-tiba.

“ Kenapa? ”

“ Dia minum sampai mabuk malam semalam. Turun ke ruang tamu lepas tu pecahkan pasu. Tu yang dia tidur kat sofa. ” jelas Hayes.

Angel berpaling menghadapi Hayes dengan riak terkejut dan risau. Patutlah dia melihat Vincent tidur di ruang tamu.

“ Dia okay ke? ” tanya Angel risau.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now