Bab 21

790 69 17
                                    

     Sebuah beg bagasi bewarna coklat gelap miliknya diletakkan ke sisi meja. Wajah yang dipantulkan cermin di hadapannya itu direnung lama. Senyuman manis terukir di bibir setelah teringatkan wajah lelaki kesayangannya.

     "Tak kira apa pun yang terjadi, awak tetap akan jadi milik saya Fred." Senyuman yang manis itu bertukar menjadi senyuman seorang pesakit mental.

     Dia menginginkan lelaki itu lebih daripada segala-galanya. Jika dia tahu Freddy akan baik-baik saja seperti sekarang, pasti sudah lama dia bertindak. Tidak sangka begitu mudah Freddy menerimanya walaupun hanya sebagai kawan biasa. 

     "Nanti kita nikah ya Fred?" Miya mengusap pipi kanannya. Mata dipejam rapat teringatkan sentuhan tangan Freddy pada pipinya semalam.

     "Miya?" Sapa Shira yang berada di muka pintu. Miya memalingkan wajahnya ke belakang bersama senyuman manis.

     "Ada orang nak jumpa awak kat bawah..."

     "Siapa?" Dahi Miya berkerut. Shira menggeleng kecil tanda tidak tahu.

     Miya berdiri di anak tangga yang terakhir. Lehernya dipanjangkan bagi melihat tetamu yang ingin bertemu dengannya namun tiada kelibat sesiapa pun di ruang tamu besar itu.

     "Miya..." Seorang lelaki menyentuh belakang bahu Miya membuatkan gadis itu tersentak lalu terus memalingkan tubuhnya ke belakang.

     Dia berundur beberapa langkah setelah melihat wajah lelaki tua itu tersenyum memandangnya.

     "A... Ayah buat apa kat sini?" soal Miya tergagap-gagap.

     "Ayah datang sini nak jumpa kamu. Ketat sangat kawalan rumah ni sampai ayah kena tinggalkan semua barang-barang ayah pada guard," kata lelaki tua itu bernada biasa.

     "Miya selamat tinggal kat sini. Ayah boleh balik sekarang, Miya tak nak Fred tahu ayah datang." Miya menggeleng kecil sambil melangkah ke arah pintu utama.

     "Tapi ayah nak ajak anak ayah ni minum petang. Fred pasti okey..."

     Minum petang? Dia tidak mungkin percayakan ayahnya.

     "Miya tak nak keluar daripada rumah ni tanpa Fred sebab Miya rasa tak selamat. Miya hidup dalam ketakutan macam ni pun disebabkan ayah. Ayah kena pergi sekarang." Miya membalas renungan redup ayahnya.

     "Dengan ayah pun Miya rasa tak selamat?" Lelaki tua itu menjongketkan sebelah keningnya.

     Miya diam tanpa ada rasa untuk membalas. Pandangannya dilemparkan ke luar. Apa yang ayahnya mahu sehingga perlu mencarinya di sini? Bukankah lelaki tua ini terlalu sibuk menguruskan kerjayanya yang haram itu?

     "Miya, ayah tanya ni..."

     "Disebabkan ayah, Miya takut nak berhadapan dengan Fred. Sekarang Miya dah dapat dia, ayah tak perlu sibuk hal Miya. Apa yang Miya buat tak ada kaitan langsung dengan ayah." Nada suara Miya mula berubah. Renungan ayahnya langsung tidak dibalas.

     "Miya marahkan ayah sebab tak cari Miya?"

     "Tak langsung! Semua benda yang ayah buat cuma akan merosakkan masa depan Miya! Miya bahagia tinggal dengan Fred, dia bagi perhatian yang cukup untuk Miya. Ayah baliklah, Miya tak nak Fred kenal ayah..." Suara Miya mula mengendur.

    Dia menunduk memandang lantai. Air mata yang mengalir di sisi wajahnya diseka oleh satu tangan kasar. Miya mengangkat wajah. Darahnya berderau melihat Freddy yang berdiri di sisinya.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now