Bab 61

862 68 71
                                    

     "Tahu takut." Enrique berkata sinis sambil menurunkan pistol. Dia menoleh ke arah Miya, Hezrick dan Zieymo yang baru melangkah masuk.

     "Awak buat apa dekat sini? Dah nak masuk waktu subuh, kan?" Freddy mendapatkan Miya.

     "Saya cuma tolong tunjuk jalan pada Ricky dengan Zieymo," jawab Miya.

     "Dan kita orang sesat beberapa kali, nasib baik tak terjun paya. Aku rasa bini kau mamai lagi. Dia main tunjuk je jalan pakai otak dia yang lembab tu," celah Zieymo bersahaja.

     "Saya bukan mamai, saya cuma confuse dengan jalan depan tu." Miya menjeling Zieymo. Zieymo menjongket kedua-dua belah bahu tanda tidak tahu.

     "Enrique." Hezrick memanggil Enrique dengan nada biasa.

     Enrique tidak memberi sebarang tindak balas selain mata yang tidak lepas daripada merenung Zirul dengan tajam, setajam pedang samurai.

     "Enrique." Hezrick mula mendekati Enrique.

     "Aku rasa nak pergi pukul si bangsat tu sampai lunyai," kata Enrique sambil meluru ke arah Zirul.

     "Lepas tu letak dalam oven, jadi kek!" celah Zieymo bersama senyuman lebar. Senyumannya mati setelah memikirkan sesuatu. Kek?

     "Eh hari ni birthday akulah!" Zieymo yang baru teringat akan hal itu meluru ke pintu utama. Masaklah kena berleter dengan Shira balik nanti.

     Freddy tidak mempedulikan Zieymo, dia bergerak memberi ruang kepada Enrique. Zirul memang layak dihentak cukup-cukup. Jika dia berada di tempat Enrique juga dia akan membelasah Zirul separuh nyawa. Zirul telah melakukan kesilapan besar kerana bertindak tanpa berfikir panjang.

     "Kau yang patut mati, Scilert!" Zirul berundur beberapa langkah.

     "Aku bukan Scilert tunggal. Dekat luar sana berlambak lagi Scilert yang kau maksudkan tapi salah faham kau bukan alasan untuk aku lepaskan kau macam tu je!" pekik Enrique bengang.

     "Enrique!" panggil Lian membuat langkah lelaki itu terhenti. Semua menoleh ke arah Lian kecuali Enrique.

     "Dah masuk waktu subuh, jangan lupa janji awak pada saya, jangan lupa siapa diri awak yang sekarang," sambung Lian dalam nada memujuk.

     Enrique membuka langkah laju, perut Zirul ditendang membuat lelaki itu terdorong ke belakang lalu menghempap anak tangga. Walaupun masih tidak puas membelasah Zirul, Enrique berpaling, pergelangan tangan Lian ditarik ke pintu utama.

     "Argh!" Zirul jatuh tergolek di lantai.

     Freddy, Hezrick, Miya dan lain-lain hanya diam melihat Zirul yang kesakitan. Entah mengapa mereka rasa tendangan Enrique itu tidak cukup untuk dijadikan hukuman. Tetapi apa pula yang telah dijanjikan Enrique kepada Lian?

     "Kau uruskan Zirul. Pastikan dia tak bertindak melulu lagi lepas ni. Tolong bersihkan kumpulan kau daripada pekerja toxic yang tak ikut arahan ketua. Toxic cuma akan mendatangkan bala pada bos macam kita." Hezrick memegang bahu Freddy sekilas sebelum dia juga melangkah keluar dari ruang besar itu.

     Freddy mengangguk kecil. Tapak tangannya dilihat sebelum wajah diangkat memandang anak-anak buahnya yang lebih 20 orang berada di ruang itu melihat kejadian tadi. Kesilapan kecilnya sebagai ketua ini mungkin akan menghancurkan segalanya dalam sekelip mata.

     Banyak lagi perkara yang harus dia belajar daripada Hezrick untuk memimpin sebuah kumpulan mafia seperti The Blackton Drake. Ini adalah tanggungjawabnya yang besar. Freddy memandang Miya, isterinya yang seakan mengerti itu mengangguk kecil.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now