Asniya menyembunyikan kedua-dua belah tangannya yang terketar-ketar ke belakang badan, jelas kelihatan ketakutan di wajahnya setelah melihat lelaki tua itu.
Wajah pucat lesi itu menjadi tanda tanya kepada Enrique, nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena tetapi apabila dilihat melalui lens yang dipakai, kosong saja. Apa sebenarnya yang berlaku? Mungkin dia perlu membuang saja lens yang sudah tidak berguna ini.
"Jangan sampai aku ulang soalan sama, Mirza." Tegas lelaki tua berkata, renungan menjadi tajam merenung wajah Asniya yang sudah berpeluh-peluh.
"Mirza... Mirza..." Asniya sudah tidak senang duduk, dia berundur beberapa tapak ke belakang sehingga tidak sedar yang dia semakin hampir dengan Enrique di kerusi.
Lelaki tua itu menjongketkan sebelah kening tanda 'apa?' Menunggu jawapan daripada gadis itu. Enrique merenung lama tangan Asniya sebelum dia memegang tangan gadis itu lalu dibelek-beleknya bersama riak wajah biasa.
Asniya tersentak merasakan tangannya disentuh, tubuhnya dipalingkan ke arah Enrique sebelum dia berundur seperti dia takut akan lelaki itu. Dia terlanggar meja yang berada di belakangnya sebelum dia terjatuh di atas lantai.
"Saraf tangan kau dah rosak ke tiba-tiba terkena penyakit parkinson? Kau okay tak ni? Nak aku tolong?" Pelbagai soalan yang diajukan Enrique kepada gadis itu menggunakan nada biasa dan kedengaran bersahaja.
"Mirza..." Lelaki tua itu masih merenung tajam wajah Asniya, Enrique mula berdiri dengan penuh bergaya.
Pengunjung kelab malam yang lain diam memerhati situasi itu, lagu yang rancak juga sudah tidak terpasang. Keadaan menjadi sunyi dan suhu semakin meningkat apabila melihat Enrique berdiri. Semua takut untuk berkutik.
"Bangunlah, ramai tengah pandang kita. Kau dahlah datang dengan aku, aku ni famous. Buat malu jelah," Enrique bertindak menarik kedua-dua belah tangan Asniya mendorong gadis itu berdiri.
"Kita perlu pergi sekarang..." Bisik Asniya kepada lelaki itu, Enrique menggeleng tanpa sebarang riak wajah sebelum dia menoleh ke arah lelaki tua.
"Apa kaitan kau dengan perempuan ni?" Soal Enrique tanpa nada.
Belum sempat si lelaki tua membuka mulut, pandangannya terlekat pada Asniya yang berselindung di belakang Enrique sambil menarik-narik jaket kulit lelaki itu. Dia kenal Enrique, lelaki itu sering menimbulkan masalah di kelab-kelab malam sehingga menjadi buah mulut pekerja.
Tetapi setakat ini, tiada seorang pun yang berjaya melawan Enrique. Lelaki itu seperti tiada kelemahan yang akan membuatkan dia takut pada orang lain.
"Kita pergi kelab lain... please..." Asniya seakan merayu kepada Enrique, pasti Enrique tidak tahu yang lelaki tua itu mempunyai pertalian darah dengannya.
"Tak nak dahlah pergi kelab, tak ada mood. Aku nak bawak kau masuk hotel." Jawab Enrique bersahaja. Sengaja dia menuang minyak ke dalam api.
"Woo!"
Beberapa orang lelaki bersorak mendengar kata-kata Enrique, mereka semua adalah anak-anak buah Enrique sendiri iaitu Team Cobra. Enrique tersenyum sinis melihat wajah lelaki tua itu bertukar menjadi bengis.
Dia tidaklah begitu bodoh untuk tidak dapat mengagak kaitan antara lelaki di hadapannya ini dengan Asniya yang sering bersamanya. Jelas kelihatan iras wajah Asniya dan lelaki tua itu.
Lengan kanan Enrique memeluk leher Asniya sehingga sisi tubuh gadis itu melekat pada sisi tubuhnya. Gadis itu dipeluk, memanaskan lagi mata tajam lelaki tua yang merenung mereka berdua.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Enrique Scilert adalah seorang lelaki...