Bab 30

776 73 21
                                    

     KAKI melangkah keluar dari bilik mandi. Dahinya terus berkerut melihat sejambak bunga bersama kotak cincin di atas birai katilnya. Kad pada bunga itu dibaca sebelum dia tersenyum.

'Aku cuma lupa nak tanya, will you marry me? Tapi aku rasa aku dah tahu jawapan yang tepat untuk soalan ni. Have a nice day Miya.'

     Telefon bimbitnya terus dicapai.

     "Terima kasih Fred, saya rasa dihargai sangat-sangat..." kata Miya gembira.

     "Sebelum ni tak rasa dihargai ke?"

     "Rasa, tapi hari ni lain sikit. Awak dah pergi kerja ke?"

     "Ye, aku on the way."

     "Okey jaga diri!" Miya terus mematikan talian.

     Matanya kembali memandang sejambak bunga itu lalu diambil. Bunga itu dihidu, wangi. Adakah benar itu Freddy yang dia kenal? Sisi manisnya baru ditunjuk semalam, tidak sangka lelaki itu telah menyediakan kejutan seperti ini.

     Kotak baldu dibuka. Sebentuk cincin itu dipakai bersama senyuman lebar. Dari mana Freddy mengetahui saiz jari manisnya? Cantik. Pandai Freddy memilih cincin ini. Kali pertama seumur hidup dia memperolehi hadiah yang mahal seperti ini.

     "Miya!" Suara laungan dari luar bilik membuatkan Miya tersentak. Dia terus melangkah ke arah pintu.

     "Aku nak tahu result pagi ni," kata Enrique.

     "Awak tak cukup tidur ke Enrique? Mata awak merah."

     "Kejap lagi aku tidurlah. Mana gambar budak tu? Aku nak tengok sekarang."

     Miya mengangguk kecil. Komputer miliknya dihidupkan. Profil seseorang yang telah dicarinya beberapa hari lepas ditunjukkan kepada Enrique.

     "Dia ni bukan melayu, kan?" Dahi Enrique berkerut melihat gambar seorang budak berusia lebih kurang enam tahun itu.

     "Dialah salah seorang budak yang dibesarkan dekat rumah anak-anak yatim tu. Orang tak ambil dia sebagai anak angkat mungkin sebab dia berketurunan cina. Bagi saya, dia ni paling okey daripada yang lain-lain." Miya memandang Enrique yang berdiri di sebelahnya.

     "Cina tulah masalahnya. Tak cacat ke nanti tiba-tiba ada cina dalam keluarga? Kita tengah nak kembangkan bangsa melayu..."

     "Awak orang melayu ke?" soal Miya.

     "Aku ni lahir dekat Sepanyol. Membesar pun dekat Sepanyol. Tapi tengah cipta masa depan dekat Malaysia. Kenapa? Aku ada susahkan hidup kau ke?"

     "Tanya je."

     "Kau nak ikut aku jumpa dia tak?"

     "Kita berdua je ke?"

     "Tak. Aku rasa nak bawak Kayla sekali."

     "Tapi boleh ke Kayla keluar tanpa Ricky?"

     "Bila dengan aku, semua yang tak boleh, aku bolehkan." Enrique terus melangkah keluar.

     Miya mengangguk kecil. Bahaya juga mendengar kata-kata Enrique itu. Dia kelihatan seperti seorang lelaki psiko. Gambar yang ditunjuk kepada Enrique tadi direnung. Dia tersenyum kecil.

*****

     Mikayla melangkah keluar dari perut kereta. Bangunan rumah anak-anak yatim di hadapannya direnung. Agak silau dek cahaya matahari yang memancar pada pagi itu. Cuaca yang sesuai untuk melakukan aktiviti luar.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now