Bab 19

1.5K 140 19
                                    

     Seorang budak perempuan yang duduk tidak jauh daripada mereka diperhati tanpa lepas. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang seronok sangat bermain-main dengan pasir pantai itu. Baginya, pasir adalah permainan yang sungguh membosankan.

     "Woi budak! Kalau mak kau cari macam mana?" Laung Enrique mengundang orang sekeliling menoleh ke arahnya.

     Lanisa menoleh ke Enrique sekilas sebelum dia kembali bermain pasir tanpa ada rasa untuk menjawab pertanyaan Enrique. Rasa seronok pula duduk bersama Enrique oleh kerana apa sahaja yang dia minta semuanya pasti dapat!

     "Hey, I asking you," Enrique sudahpun berdiri di sisi Lanisa yang sedang duduk di atas pasir.

     "Tak nak baliklah kalau macam ni. Balik pun bukan ada apa-apa kat rumah. Mama dengan papa mesti tak balik kerja lagi. Boleh tak Ani tinggal dengan abang?" Lanisa mendongak wajah memandang Enrique yang jauh lebih tinggi daripadanya.

     "Boleh tapi lepas ni kau kena jadi hamba cakap akulah..." Enrique bercangkung menghadap budak perempuan itu. Kepala Lanisa diusap lembut bersama senyuman yang menakutkan.

     "Ani setu..."

     "Tak boleh!" Seseorang memintas kata-kata Lanisa.

     "Jangan dengar cakap dia sebab hal ni hanya Ani dengan abang je boleh tahu," kata Enrique bernada lembut, sungguh lembut. Lebih kelihatan jelas sifat hipokrit dalam diri lelaki itu.

     "Apa masalah awak ni Enrique?!" Asniya terus menarik tubuh kecil Lanisa menjauhi Enrique.

     Terlihatkan riak tenang Enrique membuatkan hatinya terasa panas pula. Lelaki itu tidak sedarkah apa yang dia katakan kepada Lanisa?

     "What? Aku cakap je..." Kata Enrique bernada tenang sambil berdiri.

     "Awak bercakaplah dengan kawan-kawan awak yang tak guna tu. Mari sini Lanisa!" Asniya menarik pergelangan kecil Lanisa sebelum dia membuka langkah membawa budak perempuan itu pergi.

     "Eh kau nak bawak dia pergi mana tu?" Soal Enrique sebelum dia tertawa kecil. Tahu pun nak marah.

     Bukan dia tidak mahu berlama-lamaan dengan Lanisa tetapi dia perlu sedar bahawa musuh mereka berada di mana-mana sahaja. Bahaya untuk budak perempuan itu mengekorinya ke sana dan ke sini.

     Tet!

     Bunyi tanda amaran yang datangnya daripada telefon bimbit itu mematikan senyumannya. Langkahnya terus diatur ke arah Asniya dan Lanisa yang semakin menjauhinya. 

     "Fuck." Carut Enrique sepatah. Langkah dipercepatkan.

     Tet! Tet! Tet!

     Bunyi amaran daripada telefon bimbitnya itu kedengaran semakin kuat dan laju sebelum telefonnya mengeluarkan pula bunyi panggilan dari seseorang. Punat hijau ditekan.

     "Bro!" Sapa Zieymo terjerit-jerit membuatkan Enrique menjauhkan telefon bimbitnya bersama dahi yang berkerut.

     "Tahan Asniya! Now!" Jerit Zieymo lagi seiringan dengan kedengaran tawa kecil yang menjadi suara latar.

     Enrique terus memutuskan talian mereka sebelum wajahnya dipalingkan ke belakang bagi memandang makhluk-makhluk aneh yang hodoh dan bodoh berdiri tidak jauh darinya itu. Jari tengah diangkat sebelum dia berlari anak menuju ke arah Asniya.

     "Asniya! Kejap!" Enrique pantas memegang pergelangan Asniya seterusnya menghentikan langkah gadis itu.

     "Apa lagi yang awak nak? Ani kecik lagi, dia tak patut kenal dengan lelaki tak guna macam awak! Lelaki gila seks!" Jerit Asniya mengundang perhatian beberapa orang yang berada di sekeliling mereka.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt