Bab 66

1.1K 73 140
                                    

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Herith duduk bersantai di dalam private jet yang dikendalikan Enrique sambil mengunyah gula-gula getah. Pandangannya hanya melekat pada skrin monitor yang terletak di antara mereka berdua. Skrin monitor itu memaparkan peta semasa yang akan dilalui mereka dan juga memaparkan penjejak musuh berhampiran. Tanda hijau yang berada di penjuru skrin bermaksud laluan private jet ini berada di laluan selamat. Okey, bolehlah nak pergi membuang dulu.

Tidak lama selepas itu, Herith bangun kemudian melangkah ke pintu untuk keluar dari ruang pengendali private jet. Herith yang bangun itu menarik perhatian Enrique yang hanya diam sambil menumpukan perhatian sejak tadi.

"Woi! Nak pergi mana?" soal Enrique.

"Berak. Kenapa? Nak ikut ke?" soal Herith yang sudah berada di muka pintu.

"Tak hingin aku! Lebih baik aku teman Lorleyn Grey berak daripada teman kau! Tolong panggilkan Fred sekali." Enrique kembali memandang skrin monitor. Herith tidak membalas malah terus melangkah keluar untuk membuang hajatnya.

Tidak lama selepas itu, Freddy masuk ke dalam ruang pengendali pesawat itu kemudian terus melabuhkan punggung di tempat Herith tadi. Kerja Herith yang memerhati sistem dan juga menghantar pesanan meminta kebenaran laluan kepada setiap pengawal wilayah ruang udara diambil dengan begitu mudah kerana dia juga pernah duduk di hadapan ini bersama Enrique.

"Fred," panggil Enrique bernada biasa.

"Yup?" Freddy memandang Enrique sekilas.

"Reaksi apa yang kau tunjuk waktu kau tahu Miya mengandung?"

Freddy menyembunyikan senyuman. Jadi, Enrique diam sejak tadi dan kelihatan seperti sedang menumpukan perhatian oleh kerana memikirkan hal ini? How sweet Si Enrique ini. Dia yakin Enrique bertanya soal ini kerana lelaki itu tidak tahu cara ingin menunjukkan rasa gembira kepada Lian.

"Alaa kau senyum je lebar-lebar mesti Lian faham punyalah. Jangan pulak kau marah dia kes dia tak nak pergi periksa tu. Dia cuma budak-budak yang nak ikut kepala sendiri, macam kau." Freddy menjawab tenang sambil mengerling Enrique.

Enrique hanya diam. Bukan dia tidak gembira, cuma dia sedikit risau akan mengecewakan Lian sekiranya dia hanya menunjukkan reaksi biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi benar juga cakap Freddy, pasti Lian mengerti yang dia juga gembira dan teruja mendapat tahu tentang kandungan itu.





Pesawat yang dinaiki gadis-gadis itu berlepas sejak beberapa jam yang lalu. Mereka sendiri tidak tahu ke mana penculik-penculik itu ingin membawa mereka. Yang mereka yakin ketika ini, Hezrick, Enrique, Herith, Freddy, Zieymo dan Firaz pasti sedang merancang sesuatu.

Suasana yang meriah dengan kemewahan dalam pesawat itu begitu menghairankan mereka. Jika benar ini milik musuh, mengapa mereka semua diletakkan di ruang first class? Namun mereka pasti tiada penumpang lain di dalam pesawat ini. Ke manalah agaknya mereka akan dibawa? Adakah mereka akan menghadap Roberto iaitu musuh utama The Demonio Dentro?

Resah dan kegusaran dalam diri semenjak mereka semua dibawa menaiki van beberapa jam yang lepas telah lesap entah ke mana. Layanan musuh yang boleh dikatakan agak baik sewaktu mereka diarahkan masuk ke dalam pesawat ini sebentar tadi membuat gadis-gadis itu terfikir, adakah ini salah satu rancangan The Demonio Dentro?

Tidak lama selepas itu, seorang daripada pengendali pesawat melangkah keluar dari ruang pengendali. Mungkin lelaki itu ingin ke tandas. Miya dan Lian menoleh serentak ke arah lelaki tinggi lampai itu.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now