Bab 28

943 77 16
                                    

     SILING direnung lama sambil memikirkan tentang pilihannya. Dia belum meminta tolong Miya. Mungkin kerana dia masih teragak-agak. Adakah keputusan ini benar? Bagaimana jika dia salah memilih?

     Enrique terus bangun dari pembaringannya. Jika dia tidak bertindak, bagaimana dia hendak melaksanakan sesuatu yang seperti itu dalam masa terdekat ini? Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi, dia tetap perlu bertemu Miya sekarang juga.

     Pintu bilik Miya diketuk beberapa kali. Tombol pintu yang tidak berkunci itu ditolak ke bawah dan dia melangkah masuk tanpa rasa bersalah. Ruang bilik Miya itu kosong. Ke mana gadis itu pergi?

     Lampu di tingkat bawah yang terpasang menandakan ada seseorang di ruang tamu. Mungkin Miya?

     "Kau tak jaga cctv ke hari ni?" soal Freddy dari belakangnya.

     "Ejad and the gang tolong aku. Mana Miya ek?"

     "Boleh percaya ke Ejad dengan gang dia tu?"

     "Mestilah boleh. Anak-anak buah aku level 199 tu. Termasuk aku baru jadi level 200." Enrique menjawab sambil membontoti Freddy.

     "Hai Miya. Kau dah tak menangis ke malam ni? Cepatnya kau berbaik dengan dia. Apalah yang kau tertarik sangat dengan si llama ni..." Enrique melabuhkan punggungnya di sofa hadapan Miya.

     "Saya nak tolong dia cari file yang saya dah padam, tapi..."

     "Barang kau tak lengkap, kan?" soal Enrique seakan tahu masalah gadis itu. Sesama hacker, mestilah dia tahu.

     Miya mengangguk.

     "Aku boleh bagi kelengkapan aku tu pada kau tapi dengan satu syarat."

     "Tak payah. Aku boleh buat semula kalau Miya tak dapat cari." Freddy menolak rundingan Enrique bagi pihak Miya. Dia tidak ingin Miya terlibat dengan kerja gila Enrique.

     "Saya nak tebus salah saya pada awak, saya akan cari semula apa yang saya dah padam." Miya memandang Freddy sebelum matanya menoleh ke arah Enrique.

     Freddy menghela nafas kecil. Degil.

     "Kau mintak benda mengarut dekat Miya, aku kejar kau sampai dapat." Freddy mengugut Enrique.

     "Chill lah, aku cuma nak dia carikan rumah anak-anak yatim je."

     "Untuk apa? Kenapa kau tak cari sendiri?" Freddy mengerutkan dahi.

     "Kau kenal aku, kan? Aku ni hacker yang jahat. Rumah anak-anak yatim tu rumah yang mulia. Aku risau aku tak dapat kawal diri daripada menipu atau buat sesuatu yang tak elok. Sebab tu aku nak mintak tolong Miya kali ni." Enrique tersenyum nipis.

     "Lepas dah jumpa?" soal Miya.

     "Carikan aku anak angkat seorang..."

     "Apa yang kau merepek ni? Kau jangan nak aniaya anak-anak yatim pulak. Kau nak buat eksperimen pun agak-agaklah. Takkan budak yang macam tu pun kau nak try?" soal Freddy bengang.

     "Sebenarnya..." Enrique menghela nafas.

     Dia mahu anak sendiri tapi macam lambat lagi, lebih elok dia ambil anak angkat. Sekurang-kurangnya bertambah juga pahala, bukan? Dia akan menjaga budak itu sebaik mungkin sehingga menjadi seperti dirinya.

*****

     Pintu bilik pejabat Herith diterjah. Herith yang sedang menaip sesuatu di komputer itu terkejut melihat Enrique bersama ipad di tangan. Skrin ipad itu dihalakan pada Herith yang sedang memandangnya aneh.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now