Bab 48

698 74 68
                                    

     PINTU di dapur yang kedengaran seperti sedang dikopak oleh sesuatu itu dipandang bersama jantung yang mula berdegup kencang. Dia berpaling ke belakang dan terlanggar tubuh Enrique yang berdiri di situ sambil memandang bayangan kaki seseorang melalui lubang bawah pintu.

     Baru saja Lian hendak bersuara, Enrique meletakkan jari telunjuk pada bibir. Tiada sebarang kamera litar tertutup di rumah atau kawasan sekitar untuk dia melihat siapa di luar namun dia pasti lelaki itu adalah lelaki yang sama mengetuk tingkap biliknya di markas Cobra beberapa minggu lepas.

     Dia tidak ingin bertindak melulu kerana si pengganggu itu pasti telah mengenali ketelitiannya. Sedangkan perangkap maut di markas Cobra pun si pengganggu itu mampu elak, apatah lagi rumah yang langsung tiada sistem keselamatan seperti di dalam hutan ini.

     Bayang-bayang itu beredar. Beberapa saat kemudian, mereka berdua terdengar bunyi letupan di hadapan rumah. Mata Lian terpejam rapat sambil dia memeluk tubuh Enrique kerana terkejut.

     "Dia ada pistol..." kata Lian yang masih dalam ketakutan. Bunyi itu seakan bunyi tembakan dalam bilik bawah tanah di rumah agam Hezrick namun kedengaran sedikit kuat.

     "Bukan pistol. Dia letupkan kereta aku." Enrique berkata perlahan.

     Mata Lian membulat besar. Bagaimana Enrique boleh begitu tenang saat mendengar keretanya meletup di hadapan rumah? Lelaki itu sepatutnya risau atau menggelabah menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian ini.

     "Kurang ajar betul." Enrique meluru ke tingkap. Langsir bewarna hitam itu diselak. Kereta mewahnya yang mengeluarkan asap dilihat bengang.

     "Awak tak nak call polis? Dia mesti masih ada dekat luar tu," ujar Lian.

     "Kau boleh fikir dulu sebelum tanya tak? Untuk apa aku jadi mafia kalau aku hidup bergantung dengan polis? Atau kau tak percaya yang aku ni orang jahat??"

     "Tak, bukan macam tu..."

     "Habis tu macam mana?? Kau jangan sebut pasal polis atau undang-undang lagi depan aku. Aku akan panggil sendiri kalau aku nak. Sekarang ni, aku tak perlukan semua tu, faham?" Enrique mengangkat kening sambil merenung Lian.

     "Maaf." Lian menunduk sedih.

     "Kenapa mintak maaf? Sepatutnya kau marah balik atau maki hamun aku. Orang yang selalu mintak maaf adalah orang yang lemah, aku tak nak kau jadi lemah macam tu." Enrique menggeleng kecil.

     Lian hanya diam menitiskan air mata. Suaminya benar-benar sudah jauh daripada beradab atau cara menghormati seseorang. Kegelapan dalam diri Enrique membuatkan lelaki itu mencipta kata-kata kejahatan sendiri.

     Mungkin hati Enrique akan tenang mendengar kata-kata sendiri tetapi bagaimana dengan orang lain yang diajar cara beradab sejak kecil sepertinya? Jauh berbeza. Dia perlu menarik Enrique ke jalan benar.

     "Mesti sedap kau masak. Jom makan." Enrique mengubah topik sambil menyeka air mata isterinya.

     Lian menyembunyikan senyuman. Walaupun Enrique seorang yang kasar dan bersahaja, lelaki itu masih ada lembut dan cukup manis bersamanya. Sekurang-kurangnya, dia rasa bahagia dengan perkahwinan ini.

*****

     Cebisan bom di bawah kereta diambil dan dilihat dengan teliti. Bukan biasa-biasa orang yang mampu memiliki bom masa seperti ini. Dia menunduk untuk melihat keadaan bawah kereta. Calar pada permukaan bawah tu disentuh. Buang sajalah kereta ini.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now