Bab 8

1.5K 164 10
                                    

     Botol arak disusun menjadikan satu baris lurus di atas meja vvip dalam sebuah kelab malam. Bunyi irama lagu yang rancak diendahkan, matanya masih tertumpu pada botol tersebut.

     Sambil menunggu kehadiran Zieymo di situ, dia bermain-main dahulu untuk menghilangkan rasa bosan. Sesiapa yang melalui ruang vvip itu pasti ditegur ramah dan diakhiri dengan makian kerana dia hanya ajak bergaduh, bukan untuk berkawan.

     Tidak lama kemudian, dua orang lelaki berdiri di tepi mejanya. Enrique menoleh sekilas ke arah mereka berdua. Riak wajah tidak suka ditayangkan.

     "Boss wa dah lama perhati sama lu mah," Ujar salah seorang daripada mereka yang bernama Shin Zeng.

     Enrique hanya diam, mood bergaduhnya hilang begitu saja setelah bergaduh dengan lelaki yang hampir menumbuk wajahnya sebentar tadi. Mengapalah si Zieymo ni lambat sangat?

     "Kau jangan buat hal kat kawasan boss aku, tadi kau bergaduh sampai hancur meja sana tu dan kau langsung tak bayar apa-apa. Ini amaran terakhir," Kata lelaki yang bernama Kashah pula.

     Dia masih diam dan memekakkan telinga bersama tangan yang ligat menyusun botol arak. Susunan diubah-ubah sehingga tepat tetapi bunyi dentingan kaca berlaga kaca semakin kuat kedengaran kerana Enrique menghentak-hentak geram botol itu. Dia cuba mengawal marahnya.

     "Ini kawasan boss aku, kau jangan nak kurang ajar!" Tengking Kashah lagi setelah terlihatkan Enrique hanya diam tanpa memberi sebarang reaksi kepada mereka.

     "Shh shuh shuh" Enrique membuat tangan seperti menghalau tanpa memandang mereka berdua.

     "Lu mau mati ka?!" Shin Zeng mula melibas lengan kanannya tetapi disambut tepat oleh tangan kasar Enrique.

     Tanpa melepaskan tangan Shin Zeng, dia berdiri bersama mata yang merenung tajam wajah Shin Zeng. Tiba-tiba dia menampar wajah lelaki itu.

     Pang!

     Bukan tamparan yang biasa-biasa, Shin Zeng jatuh terjelupuk di atas lantai. Telinga lelaki itu mula mengeluarkan darah sebagai bukti yang menunjukkan ketulenan kelakian Enrique, eh?

     "Aduh! Tangan aku yang sakit! Kau boleh tak jangan ganggu aku? Aku tunggu kawan aje ni sebab nak habiskan duit dalam kelab malam boss kau, manyak untung woo." Enrique sengaja menunjukkan dia lemah kerana dia tidak mahu dedahkan personalitinya yang satu itu.

     Dia lebih gemar orang lain mengenalinya dengan perangai gila seperti ini kerana tidak mahu orang lain tiba-tiba rasa takut untuk mendekatinya.

     "Kau pukul kawan aku!" Dengan pantas Kashah meluru ke arah Enrique sebelum kaki dilayangkan.

     "Nak kena lawan ke ni? Nak lawan ke tak? Nak lawan ke tak? Fikir Enrique fikir!" Enrique terus mencapai kerusi kecil yang digunakan untuk meletak kaki sebelum kerusi itu dibaling ke arah Kashah.

     Buk!

     Prang! Prang!

     Kashah terandas ke belakang menghempap almari kaca kecil yang terisi botol arak dan beberapa gelas kecil sehingga pecah. Air arak pelbagai jenis warna terpercik di ruang tersebut. Kashah terbaring mengerang kesakitan, belakang badannya sudah pun luka.

     "Alaa bukan aku yang buat, siapa suruh kau hempap barang-barang tu, jangan lupa bayar, okay?" Enrique kembali melabuhkan punggung di atas sofa tempatnya tadi bersama riak wajah biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now