Bab 65

878 76 99
                                    

Saya tahu tiga chapter terakhir ni agak panjang ya readers-readers tersayang.

Enjoy it! -MrHazreyz-

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。


Lian tersenyum lebar sambil mengusap perutnya. Rupa-rupanya, dia telah mengandung awal sebulan daripada Miya. Hesy tiba-tiba terasa sangat bodoh dan bengap. Bagaimana dia boleh tidak ambil peduli tentang perut yang membuncit ke hadapan begini? Macam tidak logik tapi itulah kebenarannya. Tidak sangka terdapat benih yang sedang membesar di dalam rahimnya ketika ini kerana tiada sebarang tanda-tanda awal kehamilan yang dialaminya.

Dia fikir selama ini gerakan kecil yang terhasil adalah disebabkan angin. Soal datang bulan pula, dia pernah datang bulan tiga kali sahaja dalam setahun, jadi itu menjadi kebiasaan buatnya. Tubuhnya juga semakin berisi, sibuk sangat belajar menjadi hacker sehingga perubahan bentuk badan juga tidak perasan.

Pasti Enrique gembira apabila mengetahui tentang kandungan yang hendak masuk empat bulan ini. Menyesal dia tidak mendengar kata-kata Enrique. Hanya lelaki itu yang perasan akan perubahan bentuk badan serta sikapnya. Yang penting, tidak sabar ingin menunjuk gambar scan kepada lelaki kesayangannya itu!

Mikayla mengecilkan mata melihat ke arah dua buah van mewah bewarna hitam yang tiba-tiba melintasi mereka. Pemanduan diteruskan sehingga satu saat, dua buah van itu tiba-tiba berhenti dan menyekat jalannya. Mikayla menekan pedal brek secara mengejut membuat yang lain terdorong ke hadapan.

"Siapa tu kak?" soal Lian yang duduk di sebelahnya.

"Saya tak tahu... Mana Ricky?" Mikayla resah melihat beberapa orang lelaki yang melangkah keluar dari van itu. Dia memandang belakang, Hezrick tidak sampai lagikah?

"Undur sekarang, kita kena lari." Ferliy memberi arahan kepada Mikayla yang kelihatan menggelabah itu.

"Takut mama..." Yalina memeluk Ferliy kuat.

"Tak apa, mama ada." Ferliy membalas pelukan budak perempuan itu.

Mikayla ingin berundur, namun sebuah van lagi laju berhenti di belakang keretanya. Keretanya kini sudah dikepung tiga buah van mewah bewarna hitam. Telefon bimbit dicapai, nombor Hezrick didail namun tiada signal untuk menghubungi lelaki itu.

"Saya tak boleh contact Fred, tak ada signal." Miya menggeleng laju.

"Handphone saya pun..." Shira menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

"Apa yang mereka nak?" Mikayla memandang ke arah lelaki-lelaki yang sudah berada di hadapan sisi keretanya.

Penyekatan signal ini pasti salah satu daripada helah musuh. Hanya ada dua pilihan, menunggu sehingga diserang atau keluar berlawan demi mempertahankan diri masing-masing. Tetapi siapa mereka semua itu?

Tingkap kereta mereka diketuk satu objek tumpul sehingga retak. Cermin pada kereta itu semuanya kalis peluru namun akan hancur juga sekiranya diketuk berkali-kali dengan tenaga yang kuat seperti sekarang. Jadi, mereka tidak banyak masa untuk bertahan.

"Oh shit!" Shira bergerak menjauhkan diri daripada tingkap yang sedang diketuk seorang lelaki itu.

Pak! Pak! Prak!

"Mummy!" Hezrif melompat ke atas riba Mikayla.

"Tu kawan-kawan daddylah..." kata Mikayla untuk memujuk Hezrif yang ketakutkan itu.

"Nak daddy..." kata Hezrif perlahan.

Mikayla hanya diam mengusap kepala anaknya. Agak berisiko untuk mereka keluar namun duduk dan menunggu sahaja dalam kereta juga berisiko tinggi untuk mereka semua mati katak. Mengapalah laluan ke rumah mereka perlu melalui jalan yang sunyi seperti ini?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now