KOLAR leher Zirul dicekak kasar membuat lelaki yang ingin memasuki kereta itu terkejut. Wajah bengis Freddy menerangkan segalanya. Pasti Freddy sudah tahu tentang rakaman suara itu.
"Fred, tolong dengar dulu penjelasan aku." Zirul cuba menghalang Freddy daripada menumbuk wajahnya.
"Penjelasan apa lagi?? Enrique tu kawan baik aku, keluarga aku! Kau tak patut fitnah dia macam ni. Dia boleh mengamuk teruk tahu tak?!" Tubuh Zirul ditolak kasar pada sisi kereta.
"Macam mana kalau penafian dia tu cuma tipu? Kau cakap kau kenal dia sangat, kan? Takkanlah dia nak cakap jujur depan kau? Sekarang kau patut curiga dengan kembar Scilert yang tiba-tiba muncul tu." Zirul menjawab tanpa nada.
Freddy terdiam memikirkan rasa hairannya terhadap kembar Scilert.
"Aku dapat rasa dia orang ada plan lain. Fake je semua tu," sambung Zirul.
"Selagi aku tak arahkan apa-apa, aku tak nak Blackton Drake bertindak atau menonjol. Kau bernasib baik Enrique masih tak tahu tentang kau atau kumpulan ni." Freddy memberi peringatannya.
"Dia takkan tahu melainkan kau yang bagitahu." Zirul berkata sinis.
"Enrique takkan berhenti. Dia akan buat apa je untuk dapatkan sesuatu. Sekelip mata dia boleh musnahkan usaha Brad selama ni. Kalau kau tak nak mati, kau dengar cakap aku." Freddy merenung Zirul tajam sebelum melangkah pergi.
Zirul menggeleng kecil bersama riak bengang. Sehingga kini dia masih percaya Enrique bersama Scilert yang lain adalah musuh sebenar The Blackton Drake yang mereka cari selama ini. Sedikit lagi, pasti Freddy akan sedar akan hal itu.
*****
Sementara menunggu ubat di ruang menunggu, Miya mengusap perutnya yang masih kempis bersama senyuman kecil. Kebahagiaannya bersama Freddy semakin bertambah sejak mengetahui tentang kehadiran anak mereka. Bertuah sungguh rasa!
Sedang dia mengelamun, Miya tersentak apabila lengannya ditarik kasar oleh seseorang sehingga mendorong dia berdiri. Gadis seksi di hadapannya dipandang dengan riak terkejut.
"Kenapa kau pegang-pegang perut? Kau mengandung? Sekarang kau nak tunjuk pada aku yang kau tengah bahagia tinggal dalam keluarga kaya raya tu?!" pekik Asniya menarik perhatian beberapa orang pesakit yang duduk di ruang menunggu.
"Lepaslah!" Miya merentap kasar tangan Asniya.
"Dah berani melawan? Dasar pelacur!" Asniya melayangkan tangan untuk menampar Miya namun sempat ditahan Miya.
"Fred mintak izin pada ayah dengan cara baik, awak pun ada masa tu. Cukuplah ganggu saya, saya dah ada hidup sendiri sekarang. Saya tak nak terlibat dengan jenayah awak atau ayah lagi." Miya menggeleng laju.
"Kau memang tak sedar diri, kan? Laki kau tu pun penjenayah! Pembu..."
Miya menekup mulut Asniya. Sekeliling mereka dipandang. Mata beberapa orang pelawat masih tertumpu pada kekecohan yang dilakukan Asniya. Tidakkah Asniya berasa malu dengan situasi in?
"Jangan sentuh aku!" Asniya menepis kasar tangan Miya. Tanpa sebarang isyarat, dia terus mencengkam rambut Miya.
"Asniya lepaskan saya!" Miya juga menarik rambut Asniya.
Pergelutan gadis-gadis itu dilihat Mikayla. Mikayla meluru ke arah Asniya dan Miya sebelum kepala Asniya dihempuk berkali-kali menggunakan beg tangannya.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Enrique Scilert adalah seorang lelaki...