Bab 43

714 65 56
                                    

     CUACA yang agak sejuk itu menyebabkan hidungnya berair dan terbersin beberapa kali. Hidungnya sudah mula berubah merah kerana asyik dikepit dengan tisu. Sekali lagi dia terbersin kuat. Habis merah wajahnya yang putih itu.

     Dalam tidak sedar dia sedang diperhatikan Freddy yang duduk di hujung katil. Walaupun sudah seminggu lebih mereka berjalan-jalan dan melawat kawasan pelancongan di negara ini, tubuh Miya masih tidak dapat bertahan dengan perubahan cuaca. Kasihan isterinya.

     "Tisu dah habis..." Miya melihat kotak tisu di tangannya.

     "Abang pergi belikan kejap. Awak rehat je tau." Freddy terus bangun lalu mencapai wallet di atas meja hiasan sebelum melangkah keluar.

     Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek baju tebal sambil dia melangkah ke arah lif. Seorang lelaki melangkah keluar dari perut lif berselisihan dengannya. Freddy terus menekan butang untuk turun.

     Lelaki tadi berhenti di hadapan pintu bilik Freddy dan Miya. Kad di tangannya diimbas, kunci pintu terbuka. Dengan riak biasa dia masuk ke dalam. Langkahnya terhenti setelah merasakan sesuatu yang keras di belakang tubuhnya.

     "Who are you?" soal Freddy tanpa nada.

     Lelaki itu tersenyum sinis sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. Dengan pantas dia merampas pistol itu lalu diacukan ke arah Freddy. Freddy melayangkan kakinya mengenai tangan yang memegang pistol itu seiring dengan beberapa tembakan dilepaskan lelaki asing mengenai dinding dan siling bilik hotel. Pistol tercampak jauh dari mereka berdua.

     Miya mengutip pistol itu lalu diacukan ke arah lelaki asing tadi. Lelaki asing itu menyeringai ke arah Miya sebelum dia berlari ke arah gadis itu tanpa rasa takut. Freddy pantas menendang belakang tubuh lelaki asing sehingga jatuh tersungkur di atas lantai hadapan kaki Miya.

     Pistol di tangan Miya diambil Freddy lalu dihala tepat pada wajah lelaki yang terbaring di lantai itu. Tanpa sempat Freddy berkata, lelaki bermata biru itu bangun kemudian tergesa-gesa keluar.

     "Kita kena pergi sekarang." Freddy terus melangkah ke arah almari.

     Dengan pantas baju-baju mereka dimasukkan ke dalam beg bagasi. Zip ditutup kemudian terus menarik lengan Miya keluar dari bilik itu. Dapat dilihat beberapa orang penghuni bilik lain melintasi mereka bersama beberapa orang pekerja untuk menunjukkan arah bunyi tembakan tadi.

     Sebuah kereta mewah bewarna hitam menghalang jalan mereka di tempat letak kereta. Pemandu itu menurunkan tingkap kereta.

     "Masuk cepat!" laung Zirul.

     Terus Freddy membuka pintu lalu memasukkan bagasi kemudian menolak Miya sebelum pintu ditutup. 

     "Fred, awak buat apa ni? Awak nak pergi mana? Fred??" soal Miya di dalam kereta.

     "Tolong jagakan Miya untuk aku." Freddy terus berlari ke kereta miliknya. Panggilan Miya dari dalam kereta itu diendahkan.

     "Fred! Saya tak nak Fred! Fred!" Miya di tempat duduk belakang menjerit.

     Zirul menekan pedal minyak tanpa mengendahkan jeritan Miya yang memanggil Freddy berkali-kali. Leher Zirul yang sedang memandu itu dijerut menggunakan lengan kanannya.

     "Berhenti sekarang! Saya tak nak ikut awak!" jerit Miya sambil mengetatkan lengannya.

     "Duduk diam Miya." Zirul menarik kasar lengan Miya sehingga terlepas lehernya.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now