Bab 20

2.4K 139 35
                                    

     Punggungnya dihempas kasar ke atas sofa empuk yang berada di ruang tamu besar itu. Nama Miya dipanggil beberapa kali namun tiada yang menyahut. Sudah dua hari dia tidak balik ke mansion ini oleh kerana dia malas hendak berhadapan dengan Freddy.

     "Miya!" Panggil Enrique lagi.

     Dia tahu Freddy, Zieymo dan Herith pergi ke office, hanya Miya dan Shira saja yang berada di rumah ketika ini. Tetapi di mana dua orang gadis itu?

     "Shira!" Nama Shira pula diserunya.

     "Kenapa Enrique?"

     "Miya mana? Aku panggil tak menyahut pun, lubang telinga dia dah hilang ke?" Enrique memandang tangan Shira yang memegang pinggan.

     "Miya tengah makan, awak nak makan tengahari sekali tak?"

     "Hidanglah, isi nasi banyak-banyak. Aku lapar gila sekarang ni." Enrique menepuk perutnya beberapa kali sebelum dia bangun.

     Wajah cuak Miya direnung lama bagi menambahkan lagi ketakutan gadis itu. Geli hatinya melihat Miya yang tidak senang duduk akan kehadirannya ke sini. Pasti Freddy telah menceritakan sedikit sebanyak tentang 'ubat jatuh cinta' yang Miya beli pada tempoh hari.

     "Makin kuning muka kau, nak aku tambahkan darah tak?" Soal Enrique sengaja ingin berbual dengan Miya.

     "Ttak..." Miya menggeleng beberapa kali.

     "Kalau mati macam mana?" Soal Enrique tanpa berlapik.

     "Aj... ajal..." Miya mula menunduk wajah. Takut dia untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.

     "Macam mana dengan ubat jatuh cinta? Best tak?" Enrique mula tersenyum nakal.

     Belum sempat Miya menjawab, matanya membulat besar melihat Freddy yang tiba-tiba berdiri di belakang kerusi Enrique. Freddy mencekak kasar kolar leher Enrique mendorong lelaki itu bangun.

     "Kau ni tak ada adab ke? Aku tengah makan sekarang, nanti-nantilah bergaduh." Enrique meleraikan tangan Freddy. Dengan riak wajah yang tenang dia kembali duduk.

     "Kau memang tak guna Enrique. Kau sengaja nak rosakkan hidup Miya, kan?!" Tengking Freddy.

     "What? Aku cuma buat apa yang dia mintak, tu je." Enrique menyuap nasi ke dalam mulutnya.

     "Tapi cara kau salahlah sial!" Wajah Freddy mula memerah menahan marah.

     "Dia nak kau jatuh cinta dengan dia. Kau biasa tengok drama, kan? Biasanya kalau heroin pregnant mesti hero kahwin dengan dia, itulah yang aku cuba buat. Menyatukan apa yang patut bersatu..." Jawab Enrique tenang bersama senyuman sinis.

     Pak!

     Tidak semena-mena belakang kepalanya dipukul Freddy membuatkan suapannya terhenti sebelum dia memalingkan wajahnya ke belakang.

     "What the fuck?! Apa kau tengah kau buat ni bodoh?! Hormatlah sikit aku tengah makan ni!" Jerit Enrique kuat.

     "Jangan sampai aku ceraikan otak bodoh kau daripada kepala Enrique Scilert." Kata Freddy cukup tegas dan kasar.

     "Kau fikir aku takut? Setakat manusia celaka macam kau ni, layak dihumban masuk dalam kandang babi jelah bodoh!" Tengking Enrique yang mula berdiri menghadap Freddy.

     "Habis tu sekarang kau nak gaduh ke?" Soal Freddy tanpa nada.

     "Aku on je! Kau sabar jap, aku nak basuh tangan dulu," Enrique terus melangkah keluar daripada ruang makan untuk ke singki di dapur.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now