Bab 49

692 79 50
                                    

     Hezrick mengangguk faham mendengar penjelasan Freddy. Sudah lama dia tahu tentang kematian Brad namun dia tidak tahu anak-anak buah Brad telah berjumpa Freddy untuk memberi jawatan Brad kepada Freddy.

     Blackton Drake layak diketuai Freddy kerana itu adalah hak keluarga Mouri. Tidak mungkin anak-anak buah Blackton Drake akan memberi jawatan itu kepada orang lain. Mereka terlalu setia dengan Brad sewaktu lelaki tua itu masih hidup. Jika itu pilihan Freddy, dia akan melepaskan Freddy dengan senang hati.

     "Aku tak ada niat nak sembunyikan, aku cuma risaukan Enrique. Walaupun dia tak tahu pasal ni, dia dah mula syak aku buat macam-macam untuk jatuhkan dia. Ada terfikir nak bagitahu dia tapi aku tak boleh bahayakan Blackton Drake," Freddy menggeleng kecil.

     "Pasal serangan dekat New York tu bukannya Enrique yang buat?" Herith mengerutkan dahi.

     "Enrique serang kau?" Hezrick memandang Freddy menunggu jawapan.

     "Zirul cakap tu anak buah Enrique tapi aku yakin bukan. Enrique okey je dengan aku, takkan dia nak serang aku tanpa sebab?" jawab Freddy dengan soalan.

     "Blackton Drake memang tak ada musuh lain ke? Kau comfirm balik dengan Zirul," kata Hezrick.

     Herith hanya diam sambil berfikir. Mungkin terdapat salah faham dalam bukti dan siasatan Zirul. Memang benar Enrique adalah seorang lelaki jahat tetapi masih banyak benda lain yang boleh difikirkan lelaki itu selain daripada Freddy.

*****

     Lian mencelik mata perlahan-lahan setelah terdengar bunyi sesuatu dari luar bilik. Pintu bilik yang terbuka luas itu dipandang hairan sebelum bebola mata diputarkan pula ke arah skrin laptop yang masih menyala.

     Dia turun dari katil sambil menyelitkan rambut hadapannya ke belakang telinga. Jantungnya berdetak kencang, entah mengapa dia rasa tidak sedap hati mendengar bunyi pisau yang diasah dari luar bilik. Apa yang Enrique sedang lakukan?

     "Enrique..." Lian menjengul kepala ke luar bilik.

     Kelihatan Enrique sedang bercangkung membelakanginya. Matanya membulat besar melihat sekujur tubuh yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tepi pintu utama.

     "Awak! Apa yang awak buat ni?? Awak bunuh orang dalam rumah kita pulak?!" Bahu Enrique ditarik geram.

     "Bisinglah Lian! Kalau kau nak tengok aku kerat badan dia ni, kau duduk situ diam-diam. Tak nak tengok pergi masuk bilik." Enrique menghampiri tubuh yang terbaring kaku itu bersama sebilah pisau pemotong daging.

     "Awak tak boleh buat macam ni... Saya tak nak terlibat dengan pembunuhan awak! Awak tu suami saya! Bertaubatlah Enrique!" jerit Lian sambil menarik lengan Enrique. Enrique berpaling kemudian terus menikam perut Lian dengan riak kosong.

     "Ap.. Apa yang awak bu... buat?" Lian yang mula rasa kesakitan itu mengalirkan air mata memandang Enrique.

     "Kau memang patut mati. Jangan berani suruh aku bertaubat." Enrique menekan pisau itu lebih dalam membuat nafas Lian terasa semakin sesak. Pergelangan tangan Enrique yang menikam perutnya itu dipegang lemah sebelum dia jatuh tidak sedarkan diri.

     Lian terbangun dari tidur dengan peluh yang merenik di dahi dan nafas yang tidak terkawal. Dadanya berombak kencang. Dia berighstifar beberapa kali sambil meraup wajahnya. Jam dinding dikerling, sudah masuk pukul sepuluh pagi.

     Enrique yang sedang lena dalam keadaan mengiring menghadapnya itu dipandang dengan mata berkaca-kaca. Mimpi ngeri tadi seakan benar-benar terjadi. Tubuhnya kembali direbahkan kemudian dia masuk ke dalam pelukan Enrique yang tidak berbaju itu.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now