Bab 46

658 62 42
                                    

     SEBUAH bilik yang agak besar terletak di bawah tanah dimasuki mereka berenam. Masing-masing terpegun melihat sekeliling ruang yang kelihatan seperti tempat latihan menembak itu. Tidak pernah pula gadis-gadis itu tahu tentang kewujudan tempat ini termasuk Mikayla dan Ferliy yang telah lama tinggal di situ kerana kebiasaannya, mereka berlatih di luar saja.

     "Kita buat apa dekat sini?" bisik Lian pada Miya.

     "Belajar menembak," jawab Miya yang juga dengan nada berbisik.

     "Guna pistol ori ke?" soal Lian perlahan namun soalan itu masih dapat menarik perhatian Enrique.

     "Habis tu kau fikir pistol air? Kalau pistol air baik aku tak payah ajar. Kau tembak je mana-mana, air je pun yang keluar. Sini kau." Enrique memanggil Lian. Lian menghampiri Enrique dengan penuh rasa hairan.

     "Ferliy akan ajar kau orang semua cara guna pistol dan rifle." Enrique menunding ke bilik pernyimpanan senjata.

     "Aik? Kenapa saya?" Ferliy mengerutkan dahi menunjuk diri sendiri.

     "Sebab kau pandai. Pandai sangat, sampai hampir bunuh abang sendiri." Enrique menyindir Ferliy yang mula mencebik itu.

     "Itu cerita lamalah! Sibuk je dia ni. Okeylah semua ikut saya ke bilik senjata. Saya memang suka main-main senjata ni..." Ferliy mendahului mereka menuju ke bilik yang dimaksudkan. Mereka semua ikut kecuali Lian dan Enrique.

     "Kenapa kita kena belajar guna pistol? Macam mana awak boleh simpan pistol dalam rumah? Bukan ke benda tu salah di sisi undang-undang negara ni?" Bertubi-tubi soalan diajukan Lian.

     "Salah ek? Aku tak tahu pun salah..." Enrique mengeluarkan sepucuk pistol yang telah dipasang silencer dari belakang seluarnya.

     "Pandang dinding target." Enrique memusing tubuh Lian sebelum tubuh itu dipeluk dari belakang.

     "Saya rasa saya tak..." Belum sempat Lian menghabiskan ayat, pipi kanannya dicium Enrique.

     "Enrique, kenapa kita perlu belajar ni?" Tangannya yang dipegang Enrique itu sudah bersiap sedia untuk menembak.

     "Untuk keselamatan. Hidup dalam keluarga mafia, kena pandai bertindak macam mafia. Bukan tahu nak hidup selesa goyang kaki dan harapkan orang lain lindungi kau, faham?" soal Enrique lembut.

     "Mafia? Siapa mafia?"

     "Aku mafia." Enrique menjawab lalu melepaskan tembakan membuat Lian tersentak. Walaupun tidak kedengaran kuat, dia masih terkejut dengan senjata itu.

     "Awak boleh tak jawab soalan saya elok-elok? Saya tengah serius ni, mafia tu orang jahat, kan? Takkanlah awak mafia."

     "Apa yang kau nampak pada Ricky, Fred dan Herith?" Enrique melepaskan tubuh Lian. Terus Lian berpusing menghadapnya.

     "Mereka baik..."

     "Agak-agak aku pulak macam mana?"

     "Awak jahat." Lian menjawab selamba sekadar ingin mengusik.

     "Betullah tu. Aku memang jahat." Enrique mengangguk kecil sambil memegang tangan kiri Lian.

     Bunyi tembakan mula kedengaran di seluruh ruang itu. Lian menoleh ke arah Ferliy yang sibuk mengajar Shira, Miya dan Mikayla. Senyuman lebar Ferliy kelihatan seperti gadis itu seronok melepaskan tembakan. Ferliy juga orang jahat? Jadi, mereka semua sedang dilatih untuk menjadi orang jahat? Siapa yang akan menjawab soalannya ini jika bukan Enrique?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now