Bab 33

678 67 39
                                    

     Miya memerhatikan Lian yang sedang menjahit sesuatu di ruang tamu. Senyuman Lian dibalas mesra. Nampak seperti gadis itu sedang membuat baju sejuk. Adakah ini yang dipelajari Lian sewaktu sekolah dulu? Untungnya gadis ini mempunyai kemahiran unik yang hampir dilupakan remaja sekarang.

     "Yang ini untuk siapa?" Miya mengangkat sehelai hoodie bewarna kelabu gelap yang telah siap itu separas bahunya.

     "Cubalah pakai. Saya bagi free je kalau awak nak. Nak saya jahitkan nama pun boleh."

     "Jahit nama pun guna tangan?"

     "Yang itu guna mesinlah senang dan kemas. Awak nak?" Lian memandang Miya.

     "Mestilah nak. Bolehkan kalau saya tempah satu lagi baju yang sama warna dengan ni? Untuk lelaki. Saya bayar upah jahit awak." Miya kembali duduk di sebelah Lian. Matanya melihat kain putih yang dipegang Lian.

     "Awak tengah buat baju untuk siapa tu?"

     "Yang ini untuk... untuk tuan," jawab Lian perlahan.

     "Awak setuju ke nak berkahwin dengan dia? Bagi saya, dia tu agak menyeramkan. Tahu nak sinis je dengan orang. Macamlah bagus sangat..."

     "Err awak nak cepat ke baju tu?" Lian menukar topik perbualan mereka. Dia tidak mahu bercakap tentang Enrique.

     "Saya okey je bila-bila pun. Ambillah banyak mana masa yang awak perlukan. Mesti susah nak jahit sehelai baju, kan? Awak terima tempahan dari luar ke?"

     "Bila dah berpasang-pasang baju saya buat, semuanya jadi senang nak siapkan. Lagipun kawan-kawan saya je yang banyak tempah."

     Miya mengangguk kecil mendengar penjelasan itu. Muda-muda sudah pandai membuat duit. Bukan seperti dirinya yang hanya mengharapkan duit orang lain.

     Bunyi suara gelak tawa yang datang dari luar rumah kedengaran semakin hampir dengan mereka. Beberapa orang lelaki melangkah masuk sambil berbual.

     "Awal awak balik hari ni." Miya terus mengatur langkah ke arah Freddy.

     "Saya dah cutilah. Pagi tadi keluar pergi tengok syarikat Herith dengan Enrique..." Freddy menarik lembut pipi tembam Miya.

     Lian terus menyimpan kain yang dipegangnya ke dalam bakul. Dia tidak ingin Enrique melihat baju yang belum siap itu. Risau banyak pula Enrique membebel, sudahlah lelaki itu cerewet.

     Herith, Freddy dan Miya beredar dari situ. Hanya Enrique yang menuju ke arah Lian.

     "Nah... Kalau kau suka, aku boleh beli banyak lagi." Enrique meletak plastik yang terisi beberapa bekas aiskrim berperisa mint choco ke atas meja hadapan Lian.

     "Untuk saya?" Lian teruja melihat bekas aiskrim itu.

     "Yelah, takkan untuk bini Ricky pulak..." Enrique melabuhkan punggungnya di sebelah Lian.

     "Kenapa kau suka sangat dengan aiskrim berangin macam tu? Dahlah rasa ubat gigi. Baik kau pergi telan je semua ubat gigi dalam tandas," ujar Enrique sambil membetulkan kedudukannya menghadap Lian. Sisi kepalanya disandarkan pada penyandar sofa. Wajah Lian direnung.

     "Kalau ada ubat gigi perisa macam ni, mungkin saya telan..." jawab Lian bersahaja. Teraja janggal duduk begini bersama Enrique seperti beberapa hari lepas.

     "Awak nak ke?" Lian menghulurkan sudu kayu yang terisi aiskrim itu pada Enrique.

     Enrique hanya membuka mulut tanpa sebarang ekspresi wajah. Matanya terpejam rapat sebaik sahaja aiskrim itu masuk. Bagaimana Lian boleh menelan sesuatu yang sangat manis seperti ini?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now