Bab 64

873 80 114
                                    

     RIAK tenang Zirul yang sedang menghampiri mereka itu dipandang. Anak-anak buahnya yang lain masih sibuk menguruskan barang-barang yang hendak dipindahkan ke markas baru. Markas ini akan dirobohkan sebaik sahaja perpindahan mereka selesai.

     Disebabkan kesilapan Zirul yang telah meletakkan kedudukan mereka di dalam bahaya, mereka terpaksa meninggalkan laman besar ini demi keselamatan privacy The Blackton Drake yang telah tercemar. Kini, mereka juga menaik taraf sistem mereka walaupun dengan bantuan Enrique sendiri.

     "Aku dah suruh Jayrel check jalan buat kali terakhir. Semua clear. Ada lori yang dah selamat sampai," maklum Zirul kepada Freddy dan Miya.

     "Okey terima kasih. Awak dah jumpa Pak Cik Li?" soal Miya.

     "Aku contact dia tak dapat dan aku ada tanya team guru. Dia orang cakap Pak Cik Li dah empat bulan tak ada," jawab Zirul.

     "Maksud kau, dia dah mati?" soal Freddy pula.

     Zirul mengangguk kecil. Sudah lebih setahun dia tidak bertemu Pak Cik Li setelah dia mula berpindah ke sini untuk menyelidiki tentang Freddy Mouri. Jika dahulu, mereka sering meluangkan masa bersama seperti seorang anak dan ayah. Semua itu akan menjadi kenangan terbaik buatnya. Tidak sangka Pak Cik Li akan pergi tanpa pesanan seperti ini.

     "Tapi..." Riak Miya seakan memikirkan sesuatu.

     "Dia diracun. Aku tak pasti siapa yang buat. Keluarga dia suruh tutup kes tu sebelum ramai yang tahu. Kau tahu kan Pak Cik Li pun berpengaruh besar?" Zirul memintas kata-kata Miya.

     "Tapi saya dapat jejak Pak Cik Li dekat Malaysia beberapa hari lepas." Miya memandang Zirul dan Freddy bersilih ganti.

     Zirul mengerutan dahi mendengar kata-kata Miya itu. Siapa pula yang berani menggunakan identity arwah Pak Cik Li demi mengaburkan mata mereka semua? Arwah Pak Cik Li sangat dihormati selama dia hidup, ke mana sahaja dia pergi pasti yang mengenalinya akan tunduk hormat. Tidak mungkin anak-anak buah lelaki tua itu sendiri sanggup mempermainkan identity majikan mereka?

*****

     Beberapa gelas air diletakkan ke atas meja kopi di sisi rumah. Suaminya yang memakai kaca mata anti sinaran biru dan sedang melihat skrin ipad itu dipandang bersama senyuman. Punggung dilabuhkan ke sebelah suaminya. Ada sesuatu yang dia ingin bincangkan bersama Enrique itu.

     "Awak," panggil Lian perlahan.

     "Hm? Lapar lagi?" Enrique mengangkat wajah memandang Lian. Lian menggeleng laju. Apa jenis soalanlah? Padahal mereka baru saja siap makan.

     "Habis tu?"

     "Err saya..."

     "Ni maklumat Pak Cik Li yang kau mintak tadi." Freddy menghulurkan pendrive kepada Enrique.

     "Cepat Miya buat kerja. Asal dia tak bagi sendiri ek? Dia memang dah tak nak berkawan dengan aku ke? Atau kau ada hasut dia apa-apa?" Enrique menyambut pendrive itu sambil memandang Freddy.

     "Kau yang buat dia takut dengan kau, apahal nak salahkan aku pulak? Tak ada masa aku nak hasut dia, aku bukan setan macam kau," jawab Freddy tenang.

     "Tu dia?" Enrique memuncungkan bibir ke muka pintu. Tubuh tidak kelihatan namun kaki Miya yang terkeluar jelas berada dalam pandangan mereka.

     Freddy mengangguk.

     "Aku ada macam-macam soalan nak tanya dia." Enrique memandang Lian sebagai arahan supaya Lian memanggil Miya ke sini. Lian mengangguk bersama senyuman kecil kemudian membuka langkah meluru ke arah Miya.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now