Bab 38

692 65 29
                                    

     MEREKA semua sedang bersantai di halaman belakang rumah termasuk si kecil Lorleyn Grey yang asyik melekat pada Herith. Entah kenapa anak kucing bewarna kelabu itu langsung tidak mahu menjejakkan kaki ke atas rumput. Lebih seronok didukung Herith ke sana ke sini. Mungkin kerana masih tidak biasa.

     Herith, Zieymo, Freddy, Firaz dan Hezrick sibuk bersembang di tempat duduk masing-masing manakala Hezrif dan Yalina bermain barang permainan mereka di atas rumput tanpa menghiraukan kekecohan suara Herith yang menggemakan rumah agam itu.

     "Aduh sakitlah! Tajam sangat kuku kau ni. Tunggulah nanti aku potong sampai tak ada terus kuku." Herith menarik Lorleyn Grey yang memanjat sehingga ke bahunya.

     "Tak baik buat kucing macam tu. Saya report polis nanti, baru tahu!" Ferliy yang sedang mengambil tempat di kerusi kosong itu memandang Herith.

     "Reportlah, ingat aku takut ke? Setakat polis tu, anak aku boleh handle. Tunjuk muka comel sikit je dah 'jalan', kan sayang kan?" Herith menarik-narik telinga kecil anak kucing itu.

     "Banyaklah awak punya jalan. Kalau tak nak jaga elok-elok, lebih baik kembalikan dia ke tempat asal. Macam manalah muka budak tak matang macam ni boleh diterima sebagai penjaga baru kucing?" Shira mengecilkan matanya. Pengurus tempat penjagaan kucing itu butakah?

     "Jaga mulut kau tu sikit! Aku sumbat taik anak aku dalam mulut kau nanti baru tahu. Banyak sangat cakap, asyik nak cari salah aku je dari semalam." Herith membebel bengang.

     "Mestilah kena bercakap! Awak tak pandai jaga kucing tapi sibuk nak bela kucing. Apa yang awak tengah fikir huh? Awak tu pembunuh, bukan penyayang!" jerit Shira kuat sehingga menarik perhatian yang lain.

     Shira yang perasaan akan semua mata yang tertumpu ke arahnya itu mula tersenyum kekok sambil menggaru-garu kepala. Dia sudah terlepas cakap! Zieymo yang sedang mengurut dahi itu dipandang. Habislah!

     "Cakap jelah yang kau cemburu aku ada anak kucing. Aku tahu Zieymo tak suka kucing. Mesti kau nak kucing ni kan? Boleh, boleh pergi mampus!" Herith menjeling Shira sebelum mengatur langkah menuju ke arah Yalina dan Hezrif.

     Lian yang hanya diam melihat pertengkaran tadi mula terfikir. Kepalanya digeleng kecil. Tidak mungkin Herith yang kelihatan baik itu membunuh orang. Mungkin mereka hanya bergurau. Dia kembali memilih makanan.

     Terasa haba di sisi tubuhnya. Dia menoleh memandang Enrique yang sedang menekan-nekan skrin telefon bimbit itu. Senyuman dihadiahkan buat Enrique yang juga memandangnya. Enrique hanya beriak biasa merenung Lian yang tinggi separas dadanya itu.

     "Letak makanan untuk aku, aku tunggu dekat sana." Enrique menjuihkan bibir ke arah satu set kerusi meja yang kosong. Wajah Lian kembali dipandang sekilas sebelum beredar.

     Lian terus meletakkan beberapa jenis makanan ke dalam pinggan. Walaupun nervous setiap kali bertentangan mata dengan Enrique, dia percaya dia boleh lakukan! Teringat akan cara yang diajar Miya. Mungkin dia patut gunakannya pada hari ini.

     "Cuba ambil hati dia dengan cara bertanya macam-macam. Dia lagi suka awak sibuk nak tahu tentang hidup dia, mungkin dia akan layan awak berbeza daripada kawan-kawan yang lain."

     Nafas ditarik sebelum memulakan langkah mendekati Enrique. Tetapi bagaimana dia hendak mengambil hati orang yang belum tentu punya hati?

     "Ni untuk awak..." Lian meletakkan pinggan dan segelas air di atas meja hadapan Enrique sebelum mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

     "Err awak tengah buat apa?"

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now