Bab 44

659 70 45
                                    

     KOT bewarna putih disarungkan pada tubuh Lian yang sedang termenung. Lian memandang Enrique yang berpakaian seperti seorang doktor itu dengan riak kosong.

     Perubahan Enrique secara mendadak ini semakin jelas sebaik sahaja mereka kembali ke rumah agam. Apa pula rancangan jahat suaminya sehingga membawa dia ke pejabat pada hari ini?

     "Ikut aku masuk makmal sekarang." Enrique memberi arahan kepada Lian sambil merapikan rambutnya di hadapan cermin.

     "Ada apa dalam makmal? Kenapa saya perlu ikut awak?"

     "Kau kerja dengan aku." Enrique menoleh memandang Lian. Semakin kerap mereka bersama, semakin dia tahu cara yang sesuai untuk melayan Lian sebagai seorang isteri.

     "Awak doktor? Professor? Kenapa lagak awak macam awak ni lebih berkuasa berbanding yang lain? Saya betul-betul tak fahamlah pekerjaan sebenar suami saya. Saya rasa macam saya ni isteri tak guna," bebel Lian sambil membetulkan kot putih pada tubuhnya.

     "Siang malam bekerja, duit masuk tapi tak tahu pun apa kerja yang dibuat. Kemewahan awak langsung tak buat saya selesa. Lagi rasa tak tenang adalah," sambung gadis itu.

     "Dah habis? Kalau belum, sambunglah dulu nanti aku dengar semula." Enrique tenang berdiri bersama kedua-dua belah lengan disilangkan ke dada.

     "Awak ni memanglah!" Lian yang geram itu meluru ke arah Enrique sambil mengangkat tangan untuk memukul lelaki itu.

     "Sabar Lian, sabar..." Enrique cuak melangkah keluar dari bilik pejabat itu.

     "Sabar saya dah tak ada! Awak selalu main-main macam ni! Awak fikir saya ni apa??" Lian mengejar Enrique.

     Langkahnya terhenti setelah melihat suaminya tiba-tiba sedang berbual bersama beberapa orang lelaki yang juga memakai kot putih labuh seperti seorang doktor. Wajah Enrique kelihatan serius, tidak seperti sewaktu lelaki itu bersamanya. Perlahan-lahan dia mendekati Enrique.

     "This is my wife a.k.a my personal asisstant. She'll get the information research for you guys. Maybe one or two hours from now..." Enrique melihat jam tangannya.

     "Wife? Seriously? I though you're gay!" kata salah seorang daripada mereka yang bernama Dzafri sambil memegang bahu Enrique.

     "Gay kepala otak kau! Banyak lagi kerja selain menyibuk hal orang. Kau orang dua ni sama je, nasib baik berguna. Kalau tak, dah lama aku pijak sampai mampus," kata Enrique bengang.

     "Macam mana perempuan bertudung ni boleh tersangkut dengan penjenayah macam kau? Lebih baik dia dengan aku je..." Alzam tersenyum nakal memandang Lian dari atas sehingga bawah membuat Lian rasa tidak selesa.

     "Dah dah tak payah nak pandang bini aku macam tu." Enrique menolak kasar wajah Alzam menggunakan tapak tangannya. Dzafri tergelak kecil.

*****

     Freddy membuka tali pinggang keledar lalu terus membuka pintu kereta. Langkah Miya yang sedang menuju ke tandas itu dikejar. Miya memandang hairan ke arah Freddy yang sudah berjalan di sebelahnya.

     "Awak nak masuk tandas jugak ke?" soal Miya.

     "Taklah. Saja nak teman awak, ambik angin dekat luar pulak. Penat jugak duduk dalam kereta lama-lama," jawab Freddy tenang. Padahal dia ternampak seorang lelaki mencurigakan berdiri berhampiran tandas.

     Miya mengangguk sebelum masuk ke dalam tandas. Freddy diam menunggu di kerusi. Sekelilingnya diperhatikan. Tiada orang di kawasan sekitar, mungkin kerana sudah lewat malam.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now