Bab 60

851 77 62
                                    

     NAFAS kasar dihela sambil kepalanya yang mula sakit dipegang. Jam sudah menunjukkan pukul dua setengah pagi. Lebih 10 jam dia duduk di hadapan skrin komputer ini. Merata kawasan dia mencari keberadaan Lian namun bayang-bayang gadis itu pun tidak ditemuinya.

     Rasa menyesal meninggalkan Lian petang tadi. Tetapi Herith juga amat penting baginya. Sakitnya kepala memikirkan sesuatu yang bodoh seperti ini. Entah apa yang Lian sedang lakukan sekarang. Mungkinkah sedang merinduinya? Setiap hari mereka berkepit, tiada sesaat pun dia meninggalkan Lian seperti petang itu. Haih...

     "Enrique, aku dapat info pasal kereta yang bawak Lian pergi. Kereta tu memang tak ada nombor plat tapi staff kita nampak lambang pada belakang kereta tu. Bentuk dia macam ni." Ejad menghulurkan ipad pada Enrique.

     Enrique melihat lambang yang terpapar di skrin itu dengan riak biasa. Lambang yang seakan huruf M itu memberi tanda tanya kepadanya.

     "Imran masih cari kewujudan lambang ni dan..."

     "Aku jumpa!" jerit Imran menarik perhatian mereka berdua termasuk Iman yang duduk di sisinya.

*****

     Jayrel menggelabah menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar sebaik sahaja melihat kehadiran Izmer dan Zirul yang sedang memegang sesuatu. Dia melihat Izmer yang terus membuka security bilik tahanan.

     "Woi Jayrel! Sinilah tolong aku." Zirul memanggil Jayrel.

     "Baik bos." Jayrel mengangguk kecil sambil meluru ke bilik itu.

     "Sepatutnya perempuan ni dah sedar. Ke dah mati?" Izmer menolak-nolak paha Lian menggunakan kaki.

     "Kalau perempuan ni mati, kau kena dengan aku Mer. Aku nak bunuh dia dalam keadaan dia menangis merayu sampai nak cium kaki aku. Kejut dia sekarang!" arah Zirul kasar.

     "Bangun woi!" Izmer menampar-nampar wajah Lian namun masih tiada tindak balas. Hanya pipi gadis itu yang mula kemerah-merahan.

     Seorang daripada anak buahnya berlari menuju ke bilik itu dengan wajah yang pucat lesi.

     "Bos! Fred datang!" maklum lelaki itu dalam penat lelahnya.

     "Siapa yang..." Zirul membulatkan mata memandang Jayrel.

     "Kau!" Zirul menunding jari ke arah Jayrel.

     Sudah lama dia memerhati Jayrel yang sentiasa kelihatan aneh itu sehingga dia meletakkan Jayrel di bahagian dalam markas mereka sahaja. Kini sudah jelas lelaki itu seorang yang tidak boleh dipercayai!

     "Aku tanya mana Zirul?!" Suara lantang Freddy dari luar membuat Zirul kecut perut.

     Tanpa banyak kata, Zirul terus melangkah keluar dari bilik itu diekori Izmer dan Jayrel. Langkah kaki diatur ke ruang hadapan. Riak wajah dikawal. Dia perlu menghadap situasi ini.

     "Ada apa kau datang sini?" soal Zirul pura-pura tenang.

     "Kau ke yang pasang bom tu?" soal Freddy bernada kasar.

     "Aku atau anak-anak buah kita tak pernah pasang bom dekat mana-mana tempat." Zirul menggeleng kecil.

     "Kalau bukan kau, macam mana kau boleh culik Lian?? Kau dah rancang semua ni, kan?!" Freddy mencekak kolar leher Zirul.

     "Kita kena bunuh perempuan tu untuk jatuhkan Enrique tapi letupan tu bukan aku yang buat!"

     Buk! Buk!

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now