TUBUH Lian diletakkan ke atas tilam nipis dalam sebuah bilik. Gadis itu masih pengsan dalam keadaan tangan dan kaki yang terikat kemas. Seorang daripada lelaki itu mendekati Lian, dia bercangkung di hadapan gadis itu. Pipi gebu Lian diusap bersama senyuman jahat. Lian sangat menarik perhatiannya.
"Jangan sentuh tahanan." Lelaki tinggi lampai yang berdiri di muka pintu mula bersuara.
"Kau relaks je, bos takkan tahu kalau kau tak bagitahu," jawab lelaki berbadan tegap yang bernama Izmer itu.
"Aku tak risaukan bos kau, aku cuma risaukan bos aku. Dia akan hukum Zirul dengan teruk kalau dia tahu pasal ni." Lelaki tinggi yang bernama Jayrel itu mendekati Izmer.
"Zirul bos kita, dia yang jaga kita selama ni. Kenapa kau tetap nak tunduk pada Fred? Lelaki sial tu macam tak ada guna untuk The Blackton Drake. Zirul yang banyak bertindak untuk perangkap musuh kita." Izmer membuka ikatan pada kaki Lian.
"Aku nak rasa perempuan ni. Kalau kau tak nak, kau blah." Izmer membetulkan tubuh Lian.
"No! Jangan cuba cari pasal dengan Enrique, kau tak kenal dia siapa!" Jayrel menarik bahu Izmer menjauhi Lian.
"Apa yang kau nak risaukan sangat ni?! Enrique akan mati tak lama lagi! Budak-budak kita akan bunuh dia, kau sabar je!" Izmer menepis tangan Jayrel.
"Tugas kau cuma culik perempuan ni, bukan sentuh dia. Biarkan dia dekat sini, kita sambung kerja." Jayrel berlalu ke pintu.
"Sebab nilah Zirul tak letak kau satu group dengan aku. Rugi kalau aku tinggal isteri cantik ketua mafia macam ni je," kata Izmer sambil memandang Lian yang tidak sedarkan diri.
Kakinya kembali diaturkan menghampiri Lian. Jayrel yang melihat itu mula mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia cuma tidak mahu Izmer ditimpa masalah lain kerana merogol isteri kepada mafia itu.
Enrique sangat terkenal dalam dunia gelap, banyak khabar angin perbuatan kejam Enrique selepas mereka menyelidik tentang lelaki itu sehingga membuat dia tidak percaya Zirul, Freddy atau sesiapa mampu menjatuhkan Enrique dengan begitu sahaja.
"Kau sentuh dia, aku call Fred." Jayrel mengangkat tinggi telefon bimbitnya.
"Macam mana kau boleh ada nombor sial tu?" Izmer mengerutkan dahi.
"Ada apa?" soal satu suara di muka pintu. Jayrel dan Izmer berdiri tegak menghadap ketua mereka.
"Tak ada apa bos." Izmer menjawab laju.
"Cantik perempuan ni tapi malang sebab jadi isteri kepada penjenayah." Zirul tersenyum sinis melihat Lian.
"Sediakan tempat dan kamera yang sesuai untuk aku pancung kepala perempuan ni. Aku nak bagi bukti pada Scilert dan biar dia sedar bukan dia seorang yang berkuasa dalam dunia mafia ni." Zirul memandang Izmer dan Jayrel bersama riak biasa sebelum dia melangkah keluar.
"Disebabkan kau, masa free aku sekarang jadi tak free. Jomlah buat kerja. Mana tahu kejap lagi Zirul bagi try sebelum dia bunuh." Izmer keluar terlebih dahulu. Jayrel memandang Lian lama sebelum dia juga melangkah keluar.
*****
Herith tersedar dari lena yang panjang. Kepalanya yang terasa sakit dipegang. Jarum pada belakang tapak tangannya dicabut sebelum dia turun dari katil hospital itu. Dengan jalan yang lemah longlai dan tidak stabil, dia melangkah ke pintu. Dia perlu bertemu Hezrick untuk memaklumkan sesuatu yang penting.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Enrique Scilert adalah seorang lelaki...