Bab 27

658 83 24
                                    

     ASNIYA menjerit sambil melemparkan semua bantal-bantal ke atas lantai. Hatinya sakit disebabkan kata-kata Enrique. Dalam pada masa yang sama, dia malu dengan diri sendiri. Ramai pelanggan kelab di kawasan ini mengenalinya, maruahnya tercalar disebabkan hal semalam.

     Mengapa dia terlalu cuai? Enrique itu lelaki yang licik dan bukan juga lelaki yang boleh dibawa berbincang walaupun dengan cara menawarkan tubuh badan. Susah payah dia mengekori gerak-geri Enrique sejak tahun lepas.

     Benarlah, rasa susah pula semenjak tidak bekerjasama dengan 'dia'. Tiada orang yang mampu menghapuskan semua bukti seperti 'dia'. Enrique tidak akan mengetahui hal ini sekiranya 'dia' masih bersamanya ketika ini.

     "Aku susah-susah dekat sini, tapi kau? Tengah berseronok dengan orang-orang kaya dekat sana? Kau kena kembali, perempuan sundal!" jerit Asniya sehingga menarik perhatian teman serumahnya.

     "Apa yang buatkan kau marah sampai macam ni Asniya?" soal Lina yang berdiri di muka pintu.

     "Rancangan aku kantoi sekelip mata je semalam beb!" Asniya memegang tangan Lina.

     "Oh yang kau tiba-tiba matikan handphone tu? Serius dah kantoi?"

     Asniya mengangguk laju.

     "Okeylah tu kau hidup lagi. Enrique bukan calang-calang orang yang kau boleh permainankan macam datuk-datuk sebelum ni. Dia terlalu bahaya untuk perempuan macam kita." Lina mengusap belakang tubuh Asniya.

     "Kau tengok kan sebelum ni aku okey je perhatikan dia? Tak lain tak bukan, semua ni salah perempuan sundal tu." Asniya tersenyum sinis.

     "Budak lembab yang pernah tinggal dengan kita dulu?"

     "Perempuan tu memang kurang ajar! Berani dia larikan diri daripada aku." Asniya tersenyum jahat.

*****

     Freddy mengelap tangannya pada kain lap yang tersidai di sebelah singki. Dia berpaling ke belakang, mata biru lautnya bersama sepasang mata berair bewarna hitam milik Miya itu bersambung tepat. Nafas kecil dihela. Dia melangkah tanpa mempedulikan Miya.

     "Fred..." Miya memegang lengan Freddy. Freddy menepis tangan itu.

     "Kayla dah bagitahu kau ke belum pasal pindah tu?"

     Riak Miya berubah. Pindah?

     "Aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni, jadi kau boleh kemas barang-barang kau. Esok pagi ada anak buah Ricky datang untuk ambik kau. Kau duduklah dekat apartment yang Ricky belikan tu." Freddy langsung tidak memandang wajah Miya.

     "Aik? Bukannya awak ke yang beli apartment tu?" sampuk Mikayla bersama kerutan di dahi.

     Freddy hanya diam. Menganggu saja si Mikayla ni.

     "Saya takkan tinggal jauh daripada awak." Miya menggeleng kecil.

     "Aku tak bagi kau pilihan, ini arahan aku." Freddy terus berlalu pergi.

     "Fred... Saya tak nak pergi... Saya nak hidup dengan awak!" Miya memegang lengan Freddy namun sekali lagi ditepis kasar.

     "Aku tak nak hidup dengan kau, faham? Kalau bos aku bagi kebenaran aku blah daripada rumah ni, dah lama aku blah tahu tak?? Kau tak ada hak untuk tinggal dalam rumah ni lagi." Freddy menunding tepat wajah Miya.

     "Awak kena bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat pada saya!" jerit Miya.

     Mikayla membulatkan mata melihat pertengkaran itu. Jadi, benarlah Freddy telah merogol Miya? Kenapa Miya masih bangkitkan hal ini sekiranya tidak benar?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now