Bab 10

1.6K 161 14
                                    

     File bewarna putih diletakkan ke atas meja Hezrick. Lelaki itu langsung tidak menoleh ke arahnya, mungkin masih marah tentang apa yang berlaku beberapa hari yang lepas di mana dia keluar begitu sahaja dari bilik mesyuarat.

     Dia juga perlu menyiapkan kerjanya tetapi Hezrick yang masih tidak faham. Entah apa yang lelaki di hadapannya ini terkejar-kejarkan, padahal syarikat mereka baru sahaja memenangi satu projek bernilai jutaan dolar.

     Enrique menjeling tajam wajah Hezrick yang masih kusyuk membuat kerja, dia mula terfikirkan sesuatu. Hezrick tidak pernah bersikap sebegini terhadapnya kerana setiap masa pasti lelaki itu akan membebel tentang sesuatu perkara yang dia rasa tidak berpuas hati.

   Baru sahaja hendak berpaling, namanya diseru membuatkan senyuman sinis terukir di bibir.

     "Yes boss?" Enrique tersenyum lebar memandang Hezrick yang mula menoleh ke arahnya.

     "Malam ni ikut Fred." Arah Hezrick pendek, dia kembali membuat kerjanya.

     "Tapi aku..."

     "No excuse bro." Hezrick pantas memotong membuatkan hati Enrique berasa panas. Dari dulu lagi dia tidak suka kata-katanya dipotong begitu saja.

     "Malas, aku malas! Kau dengar tak? Malas!!" Jerit Enrique yang sengaja ingin menyakitkan hati Hezrick.

"Kau bising-bising apa dalam bilik aku ni?" Mata Hezrick menikam tajam wajah Enrique yang kelihatan sinis.

     "Cuba cakap, kenapa aku perlu diam? Kalau ikutkan rasa hati ni, nak je aku jerit guna microfone tapi itulah, otak aku masih berfungsi, tak macam kau! Bodoh!"

     "Jangan jadi sial kat sini. Keluar," Hezrick kembali memandang skrin komputer.

     "Tak nak. Eh kau nak tahu tak? Herith demam sampai tak boleh bangun, tak ada orang kat rumah. Tak tahulah adik kesayangan kau tu dah makan ke belum, kesian dia ish ish ish..." Enrique menggeleng-geleng kecil.

     "Pergilah hantar makanan, nanti mati budak tu aku pulak yang kena." Jawab Hezrick bersahaja.

     "Eh! Asyik suruh aku aje kau ni, pergilah buat sendiri."

     "Pergi matilah kalau tak nak tolong, benda kecik aje pun." Kata Hezrick yang masih boleh tenang.

     "Nak ajak Hez dengan Mikayla mati sekali dengan aku." Enrique terus melangkah keluar dari bilik.

     Hezrick menghela nafas panjang melihat pintu bilik office tertutup secara perlahan-lahan, hari-harinya menjadi murung disebabkan perangai Enrique, shit!

     Mikayla yang duduk bersama Hezrif di atas sofa luar bilik pejabat Hezrick ditegur. Gadis itu menoleh ke arahnya bersama senyuman.

     "Anak papa." Enrique menghulurkan tangannya untuk dukung Hezrif.

     Sampai saja dalam gendongan Enrique, Hezrif terus melabuhkan pipi kanannya ke atas bahu lelaki itu menunjukkan keselesaannya.

     "Anak you anak I jugak. Jom keluar berjalan? I dah siapkan semua kerja, trust me." Kata Enrique sambil mengusap-usap belakang Hezrif yang sudah melekat pada tubuhnya.

     "Saya kena tanya Ricky dulu sebab dia pernah pesan jangan percayakan awak." Mikayla mula berdiri.

     "Apa salah I? Ricky memang tak nak tengok I bahagia, dia tu taik yang patut kita flush dalam tandas. I tengah bosan teruk ni, cepatlah," Enrique menayangkan mimik muka sedih supaya dapat meraih simpati Mikayla.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now