Bab 58

758 68 67
                                    

     SENYUMAN Miya dipandang tanpa jemu. Kini mereka berada di ruang menunggu dalam hospital bahagian psikatri. Tangan kanan Miya digenggam erat. Miya yang sejak tadi tersenyum juga membalas renungan Freddy. Terkelip-kelip matanya melihat Freddy yang kelihatan mengelamun itu.

     "Sepatutnya saya yang nervous, bukan awak." Miya menggeleng kecil.

     "Nak nervous buat apa kalau dah sihat, hm?" soal Freddy cukup lembut.

     "Awak tu yang sibuk suruh saya periksa kesihatan mental saya, saya ikut jelah. Saya pun risau, dahlah tengah mengandung sekarang."

     "Jangan stress, tu je kuncinya. Saya akan sentiasa ada dengan awak. Saya cuma nak pastikan sesuatu." Freddy menyelit rambut hadapan Miya ke belakang telinga.

     "Nak pastikan apa?" soal Miya.

     "Fred," panggil Firaz dari sebuah bilik. Lelaki itu memberi isyarat menyuruh Freddy dan Miya masuk.

     "Biar aku terangkan result yang aku dapat. Okey dia macam ni, Miya memang dah hilang separuh daripada ingatan dia. Dah lama, mungkin sejak lima atau enam tahun lepas. Apa yang dia ingat sekarang adalah random things."

     "Tapi kau tak perlu risau, benda ni tak bahaya pun. Cuma kau kena tahu, perasaan trauma dan takut yang melampau akan bagi tindak balas pada pemikiran sampai ada yang boleh hilang macam tu je. Miya dah sihat sekarang, jadinya masalah ni takkan jejaskan masa depan dia kecuali..."

     "Kecuali?" Freddy menunggu penerangan seterusnya.

     "Kecuali kalau kawalan mental dia mula hilang macam dulu. Sebab ni kes genetik jadinya, dia akan berulang-ulang mengikut keadaan. Apa yang aku boleh cakap, dia perlukan sokongan kau untuk terus sihat." Firaz mengangguk kecil.

     "Aku nak tahu kebiasaan kes macam ni, apa yang dia akan lupa?" soal Freddy.

     "Paling banyak sekarang, lupa akan ketakutan. Mungkin itu yang membuatkan Miya boleh sihat?" Firaz menoleh ke arah Miya sekilas.

     "Tapi saya tak pernah lupa apa yang Asniya atau ayah buat pada saya. Saya pun tak lupa yang saya pernah jadi penagih dadah..." Miya menggeleng laju.

     "Itulah yang dinamakan random things. Aku pun tak boleh cakap sangat sebab setiap manusia berbeza. Setiap hari ada je rekod baru masuk. It's okey, teruskan macam sekarang demi kandungan kau." Firaz tersenyum kecil.

     Miya hanya mengangguk kecil. Sisi wajah Freddy dipandang. Lelaki itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Adakah Freddy ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perkara ini kerana mempunyai kaitan dengan kembar seiras yang bergaduh dengan Enrique beberapa hari lepas?

     "Hello," sapa satu suara yang dikenali mereka di pintu.

     "Oh sorry, lupa abang ada patient." Ferliy tetap memasuki bilik pejabat itu.

     "Kan abang dah cakap jangan ganggu waktu abang ada patient. Kenapa degil sangat ni?" soal Firaz kegeraman sambil melihat Ferliy yang sedang mengambil tempat di sofa dengan riak biasa.

     "Fred tu kan abang Ferliy, Miya pulak kakak ipar Ferliy. Apa salahnya kalau Ferliy masuk? Kau orang bincang pasal apa ni? Ada target baru ke?" Perlahan saja nada suara Ferliy bertanya soalan akhir itu.

     "Target apanya? Sini hospital, orang sakit je datang. Dear tak sakit, boleh pergi balik rumah," jawab Firaz.

     "Entahlah, Ferliy rasa tak sedap hati tengok patient perempuan seksi dekat depan tu. Dah banyak kali Ferliy perasan dia datang sini jumpa abang, dia ada goda abang ke?" Ferliy bangun dari duduknya kemudian mendekati Firaz.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now