Prolouge

7.9K 262 39
                                    

     Bang! Bang!

     Dua das tembakkan dilepaskan tanpa ada rasa belas kasihan. Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya kerana rundingan tidak akan dilakukan buat kali yang kedua.

     "Aku bukan bodoh macam Ricky yang ada belas kasihan. Ini Enrique lah, siapa yang masih tak kenal, lagilah bodohnya, elok pergi cari bahan lain untuk dibaca."

     Katanya sendiri sebelum botol air yang berada di dalam kereta dicapai, tangannya dibasuh. Wajahnya yang terkena percikkan darah juga dialir air.

     "Busuk betul bau darah si anjing ni!" Botol air dicampak kasar ke atas jalan tar sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta.

     Wajahnya dilihat melalui pantulan cermin dalam kereta, dia tersenyum lebar menayangkan gigi. Sebaris gigi putihnya diteliti sebelum kening dijongket-jongket sedikit.

     "Buatlah muka hodoh macam mana sekalipun, kau tetap akan nampak kacak di mata aku, sayang." Katanya pada diri sendiri. Riak sungguh lelaki ini.

     Freddy dan Herith melangkah masuk ke dalam kereta yang sama. Sudah dua bulan Enrique menjadi pemandu yang berbayar kerana lelaki itu masih tidak ke office, terlalu sibuk dengan kerja sendiri.

     "Teman aku malam ni bro. Kalau siap, esok bolehlah masuk office macam biasa." Kata Enrique memecah kesunyian kereta.

     "Kita nak pergi tembak babi lagi ke?" Soal Herith yang duduk di seat belakang.

     "Yang tembak babi tu sebab aku tolong seorang pakcik cina nak makan. Malam ni tembak manusia, ajak Ricky sekali." Jawab Enrique bersahaja.

     Freddy tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala Herith mengangguk tanda mengerti.

     "Fred," Seru Enrique mula mengerling ke arah Freddy yang duduk di sebelahnya.

    "Hm." Jawab Freddy malas tanpa memandang Enrique.

     "Kalau aku mati nanti, agak-agak kau akan menangis tak?" Soal Enrique secara tiba-tiba membuatkan Freddy menoleh ke arahnya. Dah kenapa sial ni? Buang tabiatkah?

     "Akulah manusia paling gembira kalau kau mati, aku tanam kau dengan senyuman lebar, trust me." Jawab Freddy bersama senyuman nipis. Dia menjadi salah seorang penumpang Enrique kerana malas hendak memandu sendiri.

     "Aku akan meraung kat tempat kau mati tu." Jawab Herith secara tiba-tiba.

     "Aku tak tanya kau punlah!" Enrique menjeling tajam wajah Herith.

    "Alaa biarlah nak jawab jugak. Aku dah janji dengan Ricky nak jadi budak yang baik. Kau jangan buat aku mungkir janji aku, azam baru tu." Herith meniup rambut coklat gelap miliknya yang terjuntai di dahi.

     "Apa kau cu..." Kata-kata Enrique terhenti di situ saja.

     Bam!

     Belakang kereta mereka dilanggar sebuah kereta sehingga menghasilkan gegaran dan bunyi yang kuat membuatkan Enrique mendengus kasar, mengapa kereta miliknya saja selalu dilanggar?!

     "Babi ni memang nak kena." Enrique menanggalkan seatbelt tetapi ditahan Freddy.

    "Biar aku settle, kita betul-betul dah lambat ni." Freddy melangkah keluar daripada kereta.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now