Bab 42

689 70 31
                                    

     KUNCI dimasukkan ke dalam tombol pintu belakang sebuah rumah teres setingkat. Klak! Senyuman sinis terukir melihat pintu yang berjaya dibuka dengan mudah itu. Keadaan yang gelap tidak menyusahkan dirinya melangkah masuk kerana setiap ruang dan perabot di dalam rumah ini telah dihafal dengan teliti.

     Sebilah pisau lipat dikeluarkan dari kocek seluar. Kerjanya akan berjalan dengan mudah pada malam ini. Kaki terus meniti anak tangga. Sebuah bilik yang menjadi sasaran dimasuki tanpa halangan. Matanya tertancap pada pasangan yang sedang tidur nyenyak.

     Bersama senyuman jahat dia menghampiri si suami sebelum leher lelaki tua itu dikelar tanpa sebarang isyarat. Darah lelaki tua itu terpancut sehingga mengenai wajahnya. Tubuh menggelupur itu menyedarkan si isteri yang terus menjerit ketakutan.

     "Shut your fucking mouth up, bullshit." Si pembunuh itu menikam perut si isteri beberapa kali tanpa belas kasihan. Tikamannya berhenti sebaik sahaja dia pasti wanita itu sudah tidak bernyawa.

     Pisau lipatnya disimpan bersama riak biasa. Skop kepala disarung. Perlahan-lahan kaki melangkah keluar dari rumah itu. Misi ketiga telah selesai. Dia hanya perlu mencari masa untuk menjalankan misi yang keempat. Pintu belakang sengaja tidak ditutup supaya orang lain tahu tentang kejadian ini. Keluarga itu memang tidak layak bahagia.

*****

     Hezrif berlari-lari mengejar Lorleyn Grey di laman belakang. Budak lelaki itu kelihatan gembira walaupun telah terjatuh beberapa kali di atas tanah. Dia kembali berdiri lalu sambung mengejar si kucing kelabu itu. Akhirnya Lorleyn Grey berlari masuk ke dalam rumah. Hezrif terkedek-kedek mengatur langkah menuju ke arah Yalina yang sedang bermain anak patung di hadapan pintu belakang.

     Mikayla tersenyum sendiri melihat anaknya. Kepala Hezrick yang berada di atas ribanya diusap lembut sebelum dicium lama. Sudah seminggu Hezrick bekerja dari rumah selepas kejadian kamera litar tertutup dirosakkan itu. Malangnya dua orang suspek masih tidak dapat dikesan.

     "Kita kena balik Johor sekarang." Herith memandang Mikayla.

     "Kenapa Herith?" soal Mikayla. Dia sudah mula tidak sedap hati.

     "Mak ayah awak..." Herith tidak kuat untuk memberitahu perkara sebenar.

     "Apa yang terjadi pada mereka? Jawab Herith... Mereka tak apa-apa, kan?" Terlihatkan wajah Herith yang berserabut itu membuatkan fikiran Mikayla rasa terganggu.

     "Kenapa ni sayang?" Hezrick bangun dari pembaringannya. Mata Mikayla yang berkaca-kaca menjadi tanda tanya.

     "Ada sesuatu yang berlaku dekat rumah mak ayah Kayla. Kita kena bertolak sekarang jugak." Herith berkata kepada abangnya sebelum bergegas melangkah masuk ke dalam rumah.

     "Ibu ayah saya, abang..." Tubuh Hezrick dipeluk erat. Empangan air mata yang bertakung tadi mula pecah.

     "Shh... Apa pun yang terjadi, abang akan sentiasa di sisi sayang." Hezrick mengusap lembut belakang tubuh Mikayla.

*****

     Tanah perkuburan Islam itu dipandang dari dalam kereta. Tubuhnya disandarkan pada penyandar. Hezrif hanya diam seakan tahu tentang kesedihan keluarganya pada saat ini.

     "Abang mintak maaf. Kalau abang arahkan an..."

     "Abang tak perlu mintak maaf. Ini salah mereka, mereka yang patut mintak maaf pada kita. Saya terima kematian ibu dan ayah tapi saya tak boleh terima cara kematian mereka. Semua tu terlalu kejam..."

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now