Bab 34

676 65 67
                                    

     Pintu bilik Miya diketuk beberapa kali. Pintu itu dibuka dari dalam. Freddy beriak biasa melangkah masuk. Dia yang segak memakai baju melayu serba putih itu melabuhkan punggung di birai katil Miya. Senyuman Miya dibalas sambil tangannya menepuk katil memanggil Miya.

     "Ada apa awak? Kejap lagikan nak bertolak dah. Awak gugup ya?" Miya mengambil tempat di sebelah Freddy.

     "Awak kenal semua buruk saya, kan?" soal Freddy lembut.

     Mereka telah membuat keputusan untuk menukar panggilan yang sopan sejak beberapa hari lepas. Agak kekok bagi Freddy kerana dia tidak pernah bersaya-awak dengan sesiapa sebelum ini namun dia tetap mencuba demi kebahagiaan Miya.

     Miya menayangkan riak hairan memandang Freddy.

     "Saya tak nak awak menyesal dengan keputusan ni jadi, saya akan tanya buat kali terakhir. Betul ke awak nak kahwin dengan saya?" Freddy masih merenung Miya.

     "Saya takkan ubah keputusan saya. Saya memang nak kahwin dengan awak. Kenapa tiba-tiba awak cakap pasal ni? Kejap je lagi, hubungan kita akan sah, kan Fred?" Miya memegang sebelah pipi Freddy.

     Freddy diam dan masih merenung ke dalam sepasang anak mata Miya. Miya tersenyum seakan mengerti akan renungan redup itu.

     "Jangan risau pasal perasaan awak Fred. Saya yang bersalah sebab terlalu menekan awak untuk kahwin dengan saya. Walau apa pun yang terjadi, saya akan berada di sisi awak sampai nafas yang terakhir..." kata Miya penuh lembut.

     Freddy masih diam. Dia tiada niat untuk membatalkan perkahwinan atau memutuskan hubungan mereka. Dia hanya menginginkan kepastian daripada Miya. Sama ada Miya sanggup atau tidak, dia tetap akan meneruskan perkahwinan ini. Hatinya lega mendengar kata-kata Miya.

*****

     Enrique berpeluh-peluh menunggu di dalam masjid itu. Seram sejuk dia rasa pada hari ini. Tidak sangka yang dia akan menamatkan zaman bujangnya secepat ini bersama seorang gadis yang baru dikenali beberapa minggu yang lalu.

     Pandangannya dialihkan ke arah Lian yang tenang duduk di samping Mikayla dan Ferliy. Gadis itu hanya menayangkan senyuman sejak tadi. Tidak adil betul. Bagaimana Lian boleh menyembunyikan rasa gugup itu?

     "Asal kau peluh-peluh ni? Takut ek?" Herith tersenyum nakal memandang Enrique yang tidak senang duduk itu.

     "Chill lah, dia mana ada rasa takut," sampuk Firaz.

     "Kau tengok kita duduk dekat mana sekarang..." Zieymo mengangkat kedua-dua belah tangannya. Herith dan Firaz memandang sekeliling ruang yang besar itu.

     "Kitakan dalam masjid, mestilah setan panas. Macam tak biasa pulak." Zieymo menepuk bahu Enrique yang hanya diam itu beberapa kali.

     "Diamlah babi. Aku tengah sibuk hafal lafaz akad ni." Enrique hanya mampu bersabar dengan kawan-kawannya yang asyik mengusiknya itu. Tunggulah dia lepaskan segala yang terpendam setelah keluar dari masjid ini kejap lagi.

     "Kau dah ready ke untuk malam pertama?" Zieymo membisik soalan nakal itu.

     "Apahal kau nak sibuk dengan hidup aku pulak??" Suara marah Enrique bernada agak tinggi itu menarik perhatian tok kadi, Encik Azmir dan seluruh keluarga mereka yang berada di ruang itu.

     "Shh..." Hezrick meletakkan tangan di bibirnya.

     "Kaulah ni! Semua salah kau! Aku nak kahwin pun menyibuk lagi! Ba..." Suara Enrique memarahi Zieymo sekali lagi menarik perhatian mereka.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now