Bab 9

1.4K 165 14
                                    

     Kaki dijejak masuk ke dalam kawasan rumah teres, mata diliarkan ke sekeliling bagi mencari si penculik atau Freddy yang dikesan berada di dalam rumah kecil ini.

     Perlahan-lahan sebuah pintu bilik ditolak tetapi seperti tersangkut oleh sesuatu dari dalam. Pintu itu ditolak beberapa kali tetapi masih tidak boleh membuatkan kakinya terus menendang pintu tersebut.

     Bak!

     Herith menutup mulutnya sendiri setelah terdengar bunyi yang kuat terhasil daripada kakinya. Dia memalingkan wajah ke kiri dan ke kanan bagi mencari kelibat Enrique. Mana pula perginya si Enrique?

     Syarat mereka ke sini adalah jangan membuat bunyi bising, bercakap bila perlu dan jangan menggunakan senjata kerana kawasan ini adalah tempat tinggal penduduk biasa. Risau menganggu jiran-jiran yang lain, kesian pula.

     Tanpa menunggu lagi, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Secara tiba-tiba mulutnya ditekup seiringan dengan tubuh ditarik bersembunyi di belakang pintu.

     Herith tidak meronta kerana dia kenal akan bau perfume lelaki itu, maklumlah hidung pun dah macam anjing, semua perfume ahli keluarga dia kenal.

     "Dia masih ada kat sini," Bisik Freddy, mulut Herith dilepaskan. Matanya masih diliarkan ke sekeliling.

     "Enrique cakap dah clear," Jawab Herith yang juga menggunakan nada berbisik.

     "Kau percaya cakap si bangsat tu? Dia penipu, sengaja nak sedapkan hati kau. Dia memang ada kat sini."

     Freddy tidak mempercayai kata-kata Herith atau Enrique kerana si Enrique sudah banyak kali menipu mereka semua. Pergerakkan masih berjaga-jaga, risau sekiranya ada yang menyerang hendap.

     "Dah tak ada, dia baru aje pergi naik kereta Axia warna kuning tadi,"

     Belum sempat Freddy menjawab, dia dan Herith terperanjat dengan kedatangan Enrique secara tiba-tiba melangkah masuk ke dalam ruang bilik itu. Langsung tiada aura atau kesan yang menunjukkan lelaki itu melangkah ke arah mereka.

     "Cak!" Enrique menyergah mereka berdua yang sudah melihatnya. Sengaja ingin menyeronokkan lagi keadaan.

     "Kenapa asyik terselamat aje kau ni? Dah nak mati tu mati ajelah. Nak jugak menyusahkan orang lain, main tiru pulak tu." Kata Enrique kepada mereka berdua setelah melihat renungan tajam Freddy.

     "Aku tak ada tekan butang emergency macam yang kau buat, tak guna." Freddy terus beredar dari situ. Sakit jiwa melayan Enrique si bodoh.

     "Nak tahu satu benda tak?" Soal Enrique kepada Herith yang masih terpinga-pinga melihat Freddy beredar. Herith menjongketkan sebelah kening menandakan 'apa?'

     "Kita dah buang masa dan ini semua salah kau yang beria-ria nak pergi selamatkan Fred. Dia bukanya nak berterima kasih pun." Enrique juga melangkah pergi meninggalkan Herith.

     "Nasib baik Rikcy tak ikut, kalau dia ikut ni habis pecah kepala Enrique dengan Fred," Herith mengumam perlahan.

     Tubuh direbahkan ke atas katil, kedua-dua belah lengan pula disilangkan ke belakang kepala. Mata merenung lama siling yang bewarna biru muda tetapi fikiran melayang jauh memikirkan hal yang terjadi kepadanya semalam.

     Selesai membayar dua jenis barang keperluan yang dibelinya, langkah terus diatur menuju ke arah tempat parkir kereta. Sakit hati terhadap Enrique sebentar tadi masih terasa sehingga sekarang. Geram saja hendak dia bunuh lelaki kurang ajar itu.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now